“Nabil Ni Belum Kena ‘Bala’ Dari Allah Ni. Tiada Ahli Keluarga Yang Buta”. Nabil Di Katakan Persendakan Calips Busker. Ini Sebabnya Kenapa

0
247

Telatah pengacara Nabil Ahmad yang lucu dan bersahaja sering kali dinanti-nantikan oleh orang ramai terutamanya bagi peminat program Meletop.

Video Penuh Berada Di Bawah.

Namun begitu, semalam, pengacara tersebut telah dikritik segelintir pihak yang kurang senang melihat Nabil secara terang-terangan mempersendakan band iringan, Caliph Busker.

Sebagai gimik mempromosikan filem Langsuir lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, pihak filem tersebut telah membawakan hantu langsuir ke set program Meletop.

Gimik tersebut nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah pengacara Neelofa. Lalu, untuk meredakan rasa seram itu, Nabil meminta hantu tersebut untuk berdiri berhampiran anggota Caliph Busker kerana mereka pasti tidak akan menyedarinya.

Namun, tindakkan Nabil itu nyata tidak dapat diterima oleh segelintir pihak yang mendakwa lawak pengacara tersebut agak keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti kumpulan itu.

Mungkin niat Nabil hanyalah untuk bergurau kerana seperti semua sedia maklum, hubungannya bersama kumpulan Caliph Busker itu amat akrab dan sudah pasti  mereka tidak akan berasa hati.