Muat Naik Video ‘Sound’ Peminta Sedekah Dari Pakistan, Papa Gomo Teruk Dikecam Di Facebook

0
37

Siapa yang tidak mengenali pengguna Facebook Sir Azri atau dikenali sebagai Papa Gomo, yang terkenal dengan kelantangannya yang selalu bersuara di media sosial. Terbaru dia telah memuat naik satu video memarahi seorang peminta sedekah dari Pakistan yang datang meminta sedekah daripadanya.

Muat naik video tersebut telah menarik perhatian selebriti Wardina Safiyyah yang telah mengkritik sikap Papa Gomo itu, dengan menulis,

“Kalau ye pun tak setuju, ini bukan cara Nabi ajar. Bukan bongkak, bukan kurang ajar, bukan begini saudara. Ini bukan caranya. Tak tau nak kata apa tengok video ni. Siapa la dalam video ni agaknya. Sedih tengok diherdik begitu.”

Who are you, who give you ustaz?

Why you come here?

Video yang berdurasi 4 minit itu telah mendapat tontonan sebanyak 94,377 sehingga kini. Lelaki ini telah datang ke Malaysia untuk meminta sumbangan untuk madrasah pelajar tahfiz anak yatim di Pakistan.

Namun layanan daripada Papa Gomo yang mempersoalkan kehadiran lelaki itu ke Malaysia, telah mendapat kritikan daripada netizen.

Sebagai seorang Muslim, tidak seharusnya dia melayan lelaki tersebut dengan layanan sebegitu kerana disifatkan seperti memalukan dirinya.

Kalau tak nak bantu, jangan memalukan

Rata-ratanya netizen memberi kecaman kepada Papa Gomo kerana tidak beradab. Bagi netizen, walaupun kita tidak ingin menderma, namun janganlah memalukan golongan ini dengan mengherdiknya di depan orang ramai.

Betul jugak tu

Ada juga pengguna Facebook yang bersetuju dengan tindakan Papa Gomo itu. Di Malaysia jika ingin meminta sedekah perlu menyertakan surat pengesahan bagi membuktikan mereka layak meminta sumbangan daripada orang ramai.

Sumber : Facebook Sir Azri

Loading...