Mereka Boleh Jumpa MH370 Tetapi Terpaksa Membatalkan Misi Mereka

0
67

Setelah menemui bukti hasil dari pencarian Google Earth, DUA lelaki British mendakwa sudah menemui rangka pesawat MH370 telah memulakan misi pencarian mereka sejauh lima batu di hutan Kemboja.

Kata Wilson: “Mengukur daripada pemandangan dalam peta Google, ia berukuran sepanjang 69 meter, tapi nampak seperti ada jarak antara ekor dan bahagian belakang pesawat itu.

Pesawat MH370 tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa seramai 227 penumpang dan 22 kru kapal.

Namun, ia hilang ketika melepasi kawalan trafik udara Malaysia dan Vietnam apabila transponder pesawat dipadamkan.

Wilson berkata kepada Daily Star Online: “Saya melayari Google Earth beberapa jam untuk mencari kemungkinan tentang kedudukan pesawat itu.

“Akhirnya, seperti yang anda lihat, lokasi di mana kedudukan pesawat tersebut. Pada dasarnya, ia kawasan paling hijau dan gelap yang anda boleh lihat.”

Menerusi laporan Daily Star UK, namun, mereka membuat keputusan untuk membatalkan misi itu pada minggu ini dan menyifatkan laluan tersebut sangat berisiko dan mampu meragut nyawa mereka.

Pada mulanya, dua lelaki tersebut, Ian Wilson dan Jack Wilson menggunakan laluan menerusi sempadan daerah Pursat, empat batu dari utara Phnom Aoral.

MERENTASI 20 AIR TERJUN

Menerusi laluan itu, mereka terpaksa merentasi 20 air terjun yang berbahaya.

Bercakap kepada pemberita tempatan, mereka mengakui tidak mampu untuk meneruskan pencarian tersebut.

“Ia perkara paling sukar pernah kami lalui. Sampai satu tahap kami sudah tak mampu teruskan.

“Ada banyak air terjun, kami keletihan menggalas beg dan sudah tidak boleh teruskan.

“Malah, kami juga mengalami kecederaan, banyak kali terjatuh dan terpaksa memanjat. Kaki rasa macam dah hancur,” ujar Jack.

Biarpun tidak dapat meneruskan misi, mereka berdua ternyata bangga dengan pencapaian mereka.

Ujarnya, bukan mudah untuk merentasi 20 air terjun dan mereka gembira kerana masih lagi terselamat.

Duo itu tiba di Kemboja pada Selasa sebelum menerap di Kampung Speu.

JUMPA MH370 PAKAI GOOGLE EARTH SAHAJA

Mereka menjalankan pencarian itu berdasarkan laluan yang diperolehi melalui koordinasi Google.

“Selain air terjun dan laluan yang bahaya, ia juga sukar untuk kami kerana orang di sana tidak bertutur dalam bahasa Inggeris,” ujarnya lagi.

SUMBER : KL Viral