Merawat Kencing Manis Dengan Hanya Menggunakan Limau Nipis Rebus

0
32

Saya pernah mengidap kencing manis dan kini kencing manis saya sudah sembuh sepenuhnya dan ramai kawan2 saya juga sembuh selepas saya bagi cara mengubatinya.

Ambil sebiji limau nipis dan sumbat sebiji garam kasar di dalam nya dan rebus dengan tiga gelas air. Rebus agak lama dari tiga gelas air hingga sampai airnya tinggal agak segelas dan hancurkan limaunya. Yang penting biji limau tu dihancurkan guna senduk dan bila sudah hancur tapis air tu dan bila sejuk dan diminum.

Perlu sedia gula2 atau makanan yang manis2 kerana biasanya selepas minum air limau itu, gula dalam badan akan jadi kosong. Guna garam kasar size biasa saja dan tak perlu besar sangat, belah sikit limau tu untuk sumbat garam. Sebaiknya buat tiga kali sebiji setiap kali dan berselang sehari membuatnya.

Ingat yang penting hancurkan biji. Limau tu jika tak hancur kencing manisnya cuma kurang tapi tak sembuh. Saya dapat ubat ini setelah saya buat solat hajat mohon ubat kencing manis dari Allah SWT kerana waktu itu kaki saya hampir dipotong sebab dah busuk. Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun pulih sepenuhnya dan saya tidak pernah pantang makan gula.

Jom Kita Share Dengan Rakan2

Pertamanya, saya ucapkan “tahniah” kepada pesara imegresen berkenaan dan rakan-rakan beliau kerana “sembuh sepenuhnya” dari penyakit kencing manis. Mudah sungguh sembuh. Sedangkan doktor seluruh dunia berhempas pulas mencari ubat terbaik?

Kencing Manis adalah sejenis penya kit kronik yang tersenarai antara 5 penya kit kronik tertinggi di dunia. Saban waktu para doktor seluruh dunia merawat pesa kit kencing manis dan komplikasi darinya. Sehingga kini lebih dari 422 juta orang pengidap kencing manis dan 2.2 juta kema tian akibat paras gula yang melilau tinggi. Dijangka menjelang 2030, kencing manis adalah antara 7 peneraju utama kema tian seluruh dunia.

Cuba bayangkan beratnya beban doktor dan pesa kit dalam membanteras penya kit ini. Lebih membimbangkan lagi kencing manis ini adalah punca besar kepada kebutaan, sa kit buah pinggang, sera ngan jantung, strok dan kaki dipo tong akibat busuk. Kesemuanya memerlukan pemerhatian dan ketelitian dalam merawat pesa kit.

Terdapat lebih dari 7 jenis ubat digunakan oleh pakar perubatan dalam mengawal gula dalam darah pesa kit kencing manis. Selain dari memberi kaunseling kaedah pemakanan, cara hidup sihat, kurangkan stres dan tidak merokok, para doktor tidak jemu untuk terus merawat.

Saya terkesima dengan pengakuan ikhlas dari pesara imegresen berkenaan. Jika ianya benar, Malaysia akan mashyur seentero alam atas penemuan terbaru ini. Jika sekiranya benar dakwaan beliau ini, maka layak mendapat anugerah penciptaan ubat terunggul kencing manis di kurun ini.

Tetapi tidak semudah itu sesuatu ubat yang mempunyai “kuasa penyembuh” ajaib ini ditemui. Ubat Galega officinalis yang menjadi bahan asas metformin (ubat standard kencing manis) pun mengambil berkurun lamanya sebelum diluluskan kegunaannya. Proses penemuan sesuatu ubat mesti menjalani fasa-fasa yang cukup teliti, bukannya rebusan didapur dan terus terbukti!

Secara sinis, teringin saya bertemu beliau dan membuat catatan sejarah penemuan ini agar ianya termaktub dalam penulisan kes dunia perubatan. Jika sesiapa mengenali beliau, sila ketemukan saya.

Doktor Adalah Perantara, Kuasa Penyembuh Adalah Allah Jua.

SUMBER : Orang Kita

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express