Melayu Bukan Pendatang Ini Sejarah Kedatangan Cina & India Di Tanah Melayu

0
128

Cukuplah selama ini satu demi satu perkara yang melibatkan sensitiviti Melayu dan Islam diusik, hak keistimewaan Melayu yang dijamin perlembagaan mahu dihapuskan, hukum hudud dipermainkan, kedaulatan Islam dipertikai, kini asal usul orang Melayu pula mahu diseleweng?

Ingatlah hakikat sejarah kedatangan nenek moyang orang Cina dan India ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Mereka datang berhijrah ke Tanah Melayu dari tanah asal mereka. Mereka bukan penduduk asal negara ini.

Kedatangan Kaum India Ke Tanah Melayu

Pada 1971, tokoh sejarawan negara Khoo Kay Kim menulis bahawa kedatangan orang India ke sini berlaku secara berperingkat. Pada peringkat paling awal, ‘mungkin’ telah berlaku hubungan antara Kedah dan India pada awal-awal tahun Masihi. Kebanyakan orang India yang datang pada masa itu di kalangan pedagang dan tukang yang beragama Hindu dan Jain. Pelabuhan-pelabuhan di mana mereka bertapak ialah Sungai Bujang, Sungai Merbok dan Kuala Muda.

Pada abad ke-13 dan ke-14, dengan beransur-ansur kegiatan-kegiatan pedagang India yang awal itu telah merosot dan peranan mereka telah diambil alih oleh pedagang-pedagang yang beragama Islam dari Bengal, Golconda, Coromandel dan Gujerat. Proses itu berlaku semasa agama Islam tersebar dengan kadar yang pesat di Nusantara. Tidak kecil bilangan mereka yang menduduki tempat yang tinggi di dalam kerajaan Melaka. Asimilasi dengan anak bumiputera turut berlaku. Perniagaan orang India itu tidak terhad kepada pelabuhan Melaka sahaja, mereka juga sentiasa singgah di Kedah, Ujong Salang dan Perak untuk membeli gajah, timah dan lada. Di Melaka sendiri telah didirikan sebuah kampung yang diberi nama Kampung Kling.

Mulai abad yang ke-19, muncul satu lagi peringkat dalam proses imigran orang India ke Tanah Melayu. Pada 1820an, ramai tawanan berbangsa India telah dipindah ke Negeri-negeri Selat setelah perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Selepas itu, lebih ramai orang India dibawa masuk untuk dijadikan pekerja di ladang-ladang termasuk ladang tebu dan getah.

Kalau di antara tahun 1880 dengan 1900 bilangan orang India yang datang pada setiap tahun berjumlah lebih kurang 20 ribu orang, di antara tahun 1910 dan 1921 bilangan buruh yang direkrut pada setiap tahun berjumlah kira-kira 100 ribu orang.

Kedatangan Kaum Cina Ke Tanah Melayu

Kaum Cina mula datang ke Tanah Melayu bermula pada zaman Kesultanan Melaka. Bilangan mereka tidak ramai dan mereka datang sebagai pedagang.

Pada abad ke-18, pelombong-pelombong Cina telah dibawa masuk oleh kuasa Belanda untuk mengerjakan lombong di negeri-negeri Melayu barat. Akan tetapi pelombong-pelombong itu tidak bermastautin lama di Tanah Melayu.

Peringkat seterusnya berlaku pada pertengahan abad ke-19 semasa pembukaan lombong-lombong di kawasan Larut, Klang dan Sungai Ujung. Pembukaan Pulau Pinang dan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa juga menarik minat kedatangan orang Cina.

Selepas pentadbiran British diperkenalkan, kadar kemasukan orang Cina bertambah pesat.

Mulai tahun 1911, hampir setiap tahun lebih daripada satu juta orang Cina datang ke negara ini, di samping beratus-ratus ribu yang kembali ke China.

Hakikat Yang Tidak Boleh Diubah

Demikian fakta sejarah yang dikemukakan oleh Khoo Kay Kim sejak tahun 1971 lagi.

Sebarang usaha mengubah fakta sejarah ini merupakan satu pengkhianatan.

Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang ISMAweb.net

Rujukan: Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu, Khoo Kay Kim, 1971.

SUMBER : Ismaweb

https://www.ismaweb.net/2014/10/24/khoo-kay-kim-telah-sahkan-cina-dan-india-pendatang/

Bukti Saintifik Yang Buktikan Orang Melayu Ni Bukan Pendatang

Selalunya ada orang yang tak percaya dengan bukti-bukti sejarah ni, sebab diorang kata sejarah boleh je dikarang oleh sesiapa yang ada kuasa. Jadi kami nak beritahu korang, teori Benua Sunda ni datang dengan bukti saintifik! Contohnya, pada 28 Mei 2008 – Universiti Oxford keluarkan satu laporan dengan tajuk “New DNA evidence overturns population migration theory in Island Southeast Asia”.

Laporan ni menegaskan yang orang kat Tanah Melayu ni memang dah berasal dari sini, proses berhijrah memang berlaku, tapi tu penghijrahan orang Melayu keluar dari Tanah Melayu sampailah ke Taiwan. Banjir besar tu mungkin boleh jadi salah satu sebab kenapa diorang berhijrah.

Lepas tu, ada satu kajian pasal genetik yang membuktikan teori Benua Sunda ni. Kalau korang nak tahu, melalui DNA korang, kita boleh ramalkan korang berasal dari mana. Ada satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2005 bertajuk Y-Chromosome Evidence of Southern Origin of the East Asian-Specific Haplogroup 03-M122. Bukan korang je tak faham, kami pun tak faham apa tajuk ni, tapi dalam tu ada kata;

“Corak ini menunjukkan bahawa penempatan pertama manusia moden di Asia Timur berlaku di tanah besar Asia Tenggara semasa Zaman Ais terakhir, bertepatan dengan ketiadaan fosil manusia di Asia timur, 50,000-100,000 tahun yang lalu.” – Kajian Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh

Bukan setakat kajian saintifik je, ada seorang pakar antropologi yang nama dia Janet Montgomery McGovern (berasal dari Taiwan) sokong teori ni. Janet kata upacara tahunan orang Anis kat Taiwan adalah untuk memperingati nenek moyang diorang yang naik perahu dari selatan (Asia Tenggara). Kalau ikut cerita orang Anis, nenek moyang diorang berasal dari pulau Lan Yu kat Taiwan.

Kat pulau Lan Yu ni ada puak Yami, nenek moyang puak Yami ni datang dengan perahu dari kepulauan Batan di utara Luzon, Filipina. Hal ni buktikan yang orang Melayu pernah berhijrah ke keluar dari Asia Tenggara.

Daripada bukti-bukti yang dikemukan dalam kajian Prof. Md. Salleh ni, kita dapat tahu yang sebenarnya orang Melayu bukan dari Taiwan. Kalau ikut kajian ni, identiti Melayu boleh dibahagikan kepada tiga kelompok.

Kelompok 1 – Kelompok Malayo-Polynesia yang tinggal kat Tanah Melayu atau mereka yang dah berhijrah. Kumpulan ni terdiri daripada banyak kaum seperti yang kitaorang dah cite kat atas.

Kelompok 2 – Kedua pulak, Melayu di Kepulauan Melayu – termasuk di Filipina dan Melayu yang telah berhijrah ke Afrika Selatan, Sri Lanka, dan barat Australia.

Kelompok 3 – Yang ketiga pulak adalah yang kat Malaysia ni – identiti Melayu kat Malaysia ni ditentukan oleh Perlembagaan Negara.

Seorang pakar perbandingan anatomi yang bernama Dr. Johann Friedrich Blumenbach memberi gambaran tentang fizikal orang Melayu

“Berkulit Tawny; rambut hitam, lembut, kerinting, tebal dan berlimpah; kepala agak kecil; dahi sedikit bengkak; hidung penuh. Hidup di pulau-pulau India berhampiran Semenanjung Melaka, serta Sandwich [Hawai`i].” – Kajian Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleha

SUMBER : Soscili