Masjid Negara Penuh Subuh Sempena Himpunan Bantah ICERD

0
49

Pagi ini waktu solat Subuh, Masjid Negara penuh seolah-olah sedang menunaikan solat Jumaat.

Ini berikutan peserta Himpunan Aman 812 membantah ICERD yang sudah keluar berhimpun di checkpoint sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Puluhan ribu umat Islam dijangka akan berkumpul di Kuala Lumpur dengan pihak penganjur menyasarkan kehadiran 500,000 orang, khususnya membabitkan penyokong Umno dan PAS.

Bekas perdana menteri Najib Razak, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi antara pimpinan utama yang dijadual turun selain pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).

SUMBER : Abu Leman