Manusia Tebang dengan Baju Bersayap di Langit Tinggi

0
26

Ramai akan mengatakan bahawa apabila manusia menawan langit di udara, pasti akan melibatkan kepada kenderaan seperti kapal terbang, helikopter ataupun jet pejuang. Tetapi, kalau kita dikatakan “terbang” bersama beratus-ratus penumpang yang lain sambil hidangan makan disediakan. Adakah itu dikatakan sebagai manusia terbang?

Tapi yang ini, tuan-tuan dan puan-puan adalah perkara yang paling hampir kepada kenyataan “Manusia Terbang”. Penerbangan manusia ini memerlukan satu set baju lengkap yang bersayap. Namun begitu, penerbangan ini hanya akan dapat dilaksanakan semasa terjun sahaja. Mekanikal sistem penerbangan ini adalah untuk mengubah kejatuhan secara menegak dan diubah kepada mendatar, lantas membuatkan kejatuhan itu seperti berterbangan di udara. Kawalan sayap-sayap yang ada pada set baju dikawal pada bahagian di antara tangan dan badan serta kaki.

Walaupun nampak berbahaya dan bermain-main, namun pengalaman ini memberikan satu perasaan yang sangat luar biasa bagi sesiapa yang mencubanya. Bagi orang yang gayat, ini pasti menggerunkan! Tetapi, mereka yang suka kepada sukan ekstrem ini, sudah pasti tertanya-tanya adakah dapat mereka mencubanya?

Tonton sahaja video di bawah ini yang sudah cukup memberikan anda gambaran pengalaman untuk terbang di udara.

SUMBER : BL Harian

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express