Mahathir Luah Hasrat Mahu Letak Jawatan

0
53

LANGKAWI – Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan hasrat mahu meletak jawatan Perdana Menteri pada majlis dialog bersama pemandu teksi di sebuah hotel di sini sebentar tadi.

Perdana Menteri menyatakan hasratnya itu selepas kecewa dengan tindakan sekumpulan pemandu teksi bertindak keluar dewan pada majlis dialog itu.

Pemandu teksi tersebut keluar dewan tersebut selepas dipercayai mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri mengenai isu perkhidmatan e-hailing membabitkan Grab.

“Saya akan letak jawatan kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara, dah orang panggil balik. “Saya hari ni letak jawatan, tak ada masalah bagi saya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau berusaha untuk membantu semua pihak termasuk pemandu teksi. “Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi. Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan, saya pun tak boleh tolong juga,” katanya.

Seramai 200 pemandu teksi di pulau peranginan itu hadir pada majlis dialog tersebut.

SUMBER : Berita Harian

Loading...