MAAFKAN MAMA WAIZ TAK DAPAT TOLONG KAMU .. TERGAMAK PAPA BUAT WAIZ

0
402

Puchong : Hancur luluh hati seorang ibu apabila mendapat tahu yang anak lelaki nya Waiz Wazzini,5, tahun meninggal dunia dengan amat tragis akibat perbuatan suaminya.

Wanita terbabit yang dikenali dengan nama Fateyn dikata kan tiada dirumah disaat kejadian yang mana dia disaat itu sedang berkerja.

Dia terkejut dengana apa yang berlaku setelah kematian anak nya Waiz mengejutkan dan mengemparkan setelah foto ditempat kejadian tersebar dilaman sosial.

Akhbar melaporkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut ditetak bapa kandungnya di Flat Puchong Permai di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang, pihak polis telah menerima panggilan dari seorang lelaki mengatakan seorang kanak-kanak telah jatuh di tingkat empat blok 11A di flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak lelaki itu telah ditetak sebanyak tiga kali ketika mangsa sedang tidur.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian itu turut menemui sebilah parang.

“Mangsa telah ditetak oleh bapa kandungnya yang berumur 35 tahun sebanyak tiga kali semasa sedang tidur dan juga mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta pergelangan tangan kanan.

“Semasa kejadian berlaku, hanya suspek dan mangsa sahaja berada di rumah. Hasil ujian air kencing yang telah dijalankan mendapati suspek positif syabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semoga ibu ini tabah dia kini tertekan dengan apa yang berlaku biarlah pihak berkuasa merungkai segala nya apa yang berlaku, semoga roh adik Waiz tenang disana.Al fatihah.

SUMBER : Coretan Media

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here