Lim Lian Geok: Penghasut Yang Di Lucut Kerakyatan Oleh Kerajaan Malaysia Pada Era-60an

0
316

Tidak ramai kalangan kita yang mengenali Lian Geok kecuali orang Cina. Beliau yang meninggal pada 1985 adalah seorang aktivitis yang dianggap sebagai hero kerana memperjuangkan bangsa dan bahasa Cina pada tahun-tahun 1950an dan 1960an. Tujuannya tidak lain, supaya rukun politik mereka bertambah utuh dan kukuh.

Elok juga umat Islam negara ini mengenali beliau daripada terlalu obses mengenali artis. Sekurang-kurangnya dengan mengenali ultra kiasu akan menjadikan kita lebih peka dan sensitif dalam menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

Lian Geok adalah bekas guru Sekolah Cina Confucian sejak 1935 hingga 1961. Kewujudan sekolah tersebut hingga ke hari ini adalah hasil usaha beliau, terutama apabila sekolah tersebut rosak teruk akibat peperangan pada tahun 1945.

Maka tidak hairanlah jika Lian Geok diangkat memimpin Persatuan Guru-Guru Cina Kuala Lumpur. Beliau juga adalah pengasas kepada Persekutuan Persatuan-Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia atau Jiao Zong dan Dong Jiao Zong.

Kewarganegaraan dan tauliah mengajar sebagai guru Lian Geok ditarik balik oleh kerajaan pada tahun 1961 disebabkan oleh kelantangannya menentang dasar pelajaran kebangsaan bermula dengan Penyata Barnes hingga Penyata Rahman Talib 1960 dan akta pelajaran 1961. Kesemua akta ini mahu mendaulatkan bahasa Melayu (juga bahasa Inggeris) sebagai bahasa pengantar.

Mendiang didakwa sengaja memutar-belitkan dasar pendidikan negara dan menghasut rakyat benci kepada Yang DiPertuan Agong serta Kerajaan Persekutuan sehingga mengakibatkan permusuhan antara kaum.

Tindakan tepat kerajaan ketika itu mendapat tentangan dan kritikan yang hebat daripada ultra kiasu. Kerajaan dituduh mempunyai niat jahat untuk melenyapkan pengaruh dan suara Lian Geok.

Satu ketika dahulu, ultra kiasu mahukan segala ‘fitnah’ terhadap mendiang Lian Geok mesti ditarik balik selepas 50 tahun merdeka. Nama Lian Geok mesti dibersihkan. Lantaran, tekanan demi tekanan diberikan kepada kerajaan supaya mengiktiraf ‘perjuangan’ beliau. Ultra-kiasu berpendirian, perjuangan mendiang Lian Geok tidak salah dan dibenarkan oleh perlembagaan atas hak kebebasan bersuara.

Pada hemat penulis, hak dan kebebasan bersuara perlu ada batas-batasnya. Adakah wajar kata-kata ini dihemburkan dalam sebuah negara berasaskan kenegaraan Melayu: “orang Cina mesti menghantar anak mereka ke sekolah Cina.

Sekolah Cina adalah ibarat nyawa dan roh. Jika orang Cina mahu memastikan mereka tetap Cina, tidak ada cara lain melainkan bersekolah Cina. Ini amat penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal usul atau akar Cina”.

Saya tidak pernah mendengar kata-kata seumpama ini diungkap oleh bangsa minoriti yang tinggal di mana-mana negara yang dihijrahinya. Jika kata-kata ini diungkapkan di Thailand dan Indonesia, sudah lama mereka dihumban dalam penjara.

Tetapi kerajaan Malaya ketika itu begitu berlembut. Di sinilah berhikmahnya kita dalam menangani isu-isu antara kaum. Saya yakin, kerana Islamlah yang melembutkan hati Melayu untuk terus bertoleransi. Lian Geok juga masih diberikan kebenaran tinggal di sini sehingga ke akhir hayatnya walaupun tidak lagi menjadi warganegara.

Bandingkan di Indonesia, apabila Suharto mengambilalih kuasa dari Sukarno, beliau memberi pilihan kepada orang Cina sama ada balik semula ke negeri asal atau mengasimilasikan diri menjadi orang Indonesia.

Majoriti orang Cina memilih untuk tinggal di Indonesia. Ini kerana, sudah menjadi dasar negara China ketika itu sudah tidak mahu lagi menerima mereka yang telah berhijrah. Kepulangannya ke tempat kelahiran akan menjadikan mereka lebih menderita.

Perkara yang sama berlaku di Malaya. Justeru, berterima kasihlah kepada kerajaan, kerana begitu berlembut membenarkan bukan warganegara tinggal di sini dan mengekalkan cara hidup tanpa diasimilasikan. Malangnya, ultra kiasu langsung tidak bersyukur di atas kemurahan hati kerajaan, malah beliau terus didendangkan sebagai wira kerana ‘setianya’ terhadap negara ini.

Beliau disanjung, dipuji dan dijulang serta diangkat tarafnya sebagai sebagai seorang patriot. Sedangkan kita tahu makna patriot adalah mereka yang sanggup berjuang mempertahan tanahair meskipun nyawa adalah gadaian. Kata-kata keramat beliau ini telah menjadi rukun politik orang Cina yang langsung tidak boleh disentuh. Jika disentuh, mereka akan mengugutkan untuk mengundi pembangkang.

Malah ultra kiasu terus menerus tanpa berputus asa mencari sebanyak mana hujah untuk memartabatkan perjuangan Lian Geok. Kenyataan Lian Geok dalam akhbar Utusan Melayu pada tahun 1956 sempena Hari Raya Aidilfitri dijadikan hujah untuk menonjolkan kehebatan beliau.

Antara lain mahukan agar rakyat Malaysia dapat mendukung gagasan “Hidup Berbilang, Makmur Bersama” dengan melayani semua kaum sebagai anggota sekeluarga. Lian Geok juga dikatakan turut memberikan sumbangan besar kerana mencadangkan agar buku teks yang berkiblatkan negara China ditukar kepada orientasi Malaya sebagai rujukan sekolah vernakular.

Perkara ini penting untuk melahirkan generasi muda yang setia terhadap negara ini. Dikatakan juga Lian Geok merupakan pemimpin pertama yang menyeru masyarakat Cina bersetia dan menjadikan Malaya sebagai tanahair dan memohon kewarganegaraan. Jika benarlah perjuangan beliau, sepatutnya perjuangan ultra kiasu menjadi semakin berkurang, tetapi kenapa ultra kiasu tidak pernah puas?.

Sebagai mengenang dan menghargai ‘jasa beliau yang begitu hebat’ maka Pusat Pembangunan dan Kebudayaan Lim Lian Geok (PPKLLG) telah ditubuhkan. Saya tidak pasti pusat ini berdaftar secara sah atau tidak, tetapi alangkah malangnya sesebuah pertubuhan diluluskan tanpa dikaji dahulu sejarah, latar belakang dan tujuan penubuhan.

Ternyata, pertubuhan ini adalah pertubuhan perkauman yang disokong oleh majoriti NGO Cina yang ada. Ringkasnya, pertubuhan seperti ini akan terus menambah tidak berkurang.

Artikel kredit kepada Ziefenz Zee yang diolah daripada blog Dr Riduan Tee.

SUMBER : Patriot