Lepas Berjaya ‘SCAM’ RM20 Juta Tahun Lepas, Scammer Jelita Ini Kembali Menghantui Bani Melayu

0
157

Tahun lepas, Harian Metro telah mendedahkan perbuatan terkutuk seorang gadis Melayu, yang dikenali sebagai Masyitah, dikesan telah menipu duit pelanggan. Terkini, gadis berusia 23 tahun yang menipu duit pelanggan dengan cara menjual tiket penerbangan yang murah itu dikatakan masih lagi melakukan hal tersebut sehingga kini.

Baru-baru ini, seorang pegawai pemasaran mengakui telah menjadi mangsa terhadap gadis licik ini. Menurut Mohamad Syafarin Izarul, dia mengakui telah mula berurusan dengan Masyitah  sejak bulan Julai yang lalu. Dengan perasaan yang cukup kesal, dia telah mengalami kerugian sebanyak RM15 400 setelah ditipu melalui tiket penerbangan palsu.

Segala Urusan Tempahan Dilakukan Hanya Menggunakan Aplikasi Whatsapp

Apa yang membuatkan Syafarin tertarik terhadap scammer tersebut adalah tiket penerbangan diskaun yang boleh diperolehi sebanyak 50 hingga 70 peratus daripada harga asal.

Selain itu, segala urusan tempahan juga dilakukan hanya dengan menggunakan aplikasi Whatsapp kerana gadis tersebut mengakui dia mempunyai hubungan hubungan yang baik dan kuat dengan pihak pengurusan syarikat penerbangan tersebut.

Perbuatan Terbongkar Apabila Tiket Flight Makcik Tak Dapat-Dapat!

Perbuatan gadis tersebut terbongkar apabila apabila tiket penerbangan yang seterusnya untuk keluarga makciknya ke United Kingdom masih belum diperoleh sehinggalah bulan lepas.

“Apabila dia telah mengingkar janji untuk memberikan nombor tempahan tiket seminggu sebelum penerbangan, kami mendesak dan akhirnya dia memberikan nombor tempahan tiket sehari sebelum penerbangan. Lebih parah lagi, nombor tiket tersebut gagal untuk didaftar masuk oleh ibu saudara dan ternyata tiket itu adalah tiket palsu.”

Bila Dah Kantoi, Dia Tipu Lagi Dengan Salinan Transaksi Palsu Pemulangan Wang

“Setelah kantoi, dia memberikan salinan transaksi palsu pemulangan wang dan perkara ini disedari selepas ibu saudara membuat semakan ke atas akaun banknya.”

Syafarin juga mengakui dia telah mengalami kerugian sebanyak RM1100 (penerbangan domestik), RM1300 (Kota Kinabalu), dan RM 1500 (Sydney).

Guna Nama Syarikat World Tour Scape

Gadis licik tersebut menggunakan nama syarikat World Tour Scape bagi menjana pendapatannya sebagai seorang scammer.

Guna Pelajar Malaysia Untuk Lariskan Bisnes, Dapat Komisyen Tinggi Jika Agen Dapat Jual Tiket

Harian Metro yang bertarikh 14March 2017 juga melaporkan bahawa Masyitah telah menipu lebih daripada 2000 pelajar tempatan dan agen-agen pelancongan sehingga berjaya mengaut hasil keuntungan daripada sumber haram itu sebanyak RM20 juta.

SUMBER : Harian Metro

Loading...