Lelaki Pertikai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Diburu Polis

0
127

Polis meminta orang ramai agar membantu pihaknya mengesan seorang individu bagi membantu siasatan polis berhubung penularan sebuah video berdurasi empat minit 50 saat pada 22 November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. dalam satu kenyataan berkata, lelaki tersebut dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Video tersebut dimuat naik menerusi laman sosial Facebook.

“Kita mohon mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali individu terbabit agar menghubungi pegawai penyiasat dari Bahagian Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), JSJ Bukit Aman, Inspektor Mohd. Nasir Abu Hasan di talian 03-2266 6071 atau 013-773 6813 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam video itu, individu tersebut bertindak mempertikaikan pihak yang mewujudkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“You orang cakap rasis, rasis, rasis… siapa yang rasis? Bukan Waytha Moorthy tu rasis, yang rasis ini siapa yang cipta perlembagaan ini… dialah yang rasis, walau siapa pun lah, dia Agong pun memang dia yang rasis.

“Apa salahnya kalau Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu, Cina dan India?,” kata individu tersebut dalam rakaman video berkenaan.

SUMBER : Utusan Online