Lelaki Ini Terkejut Bila Dia Terjumpa Kawasan Dimana Bumi Seperti Sedang Bernafas

0
75

Baru-baru ini, viral sebuah video memperlihatkan fenomena bumi ‘bernafas’ telah menjadi viral di media sosial. Banyak orang yang berasa takjub, ada juga yang merasa bingung dan berusaha mencari penjelasan atas fenomena tersebut.

Beberapa buah video seperti ini menjadi viral di media sosial, pernah satu masa kejadian seperti ini berlaku di Kanada dan berjaya di rakam seorang lelaki.

Lelaki bernama Brian Nuttal melihat fenomena unik itu semasa tengah berjalan-jalan di Apple River, Cumberland County, Provinsi Nova Scotia, Kanada. Keadaan cuaca agak berangin ketika itu memandangkan sedang musim luruh.

Brian memperhatikan tanah bergerak-gerak kembang kempis dalam irama teratur. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan mula merakam kejadian aneh itu.

Video tersebut lalu dimuat naik Brian ke Facebook dan telah mendapat tanda Like sebanyak 13,500 kali.

Video dalam artikel ini pula berlaku pada masa yang berbeza, menurut sumber ia berlaku dalam bulan ini kemudian menjadi sensasi dalam aplikasi Tweeter.

Netizen mula memperdebat bagaimana ianya boleh berlaku dan berbagai macam spekulasi muncul untuk menjelaskan fenomena tersebut.

Seperti komen yang ditinggalkan dari aplikasi Tweeter, Sebahagian netizen berpendapat itu adalah tanda akan muncul sebuah gua, tapi menurut yang lain kejadian itu seperti ada aliran air di dalam tanah. Sementara yang lain berpendapat akar tumbuhan yang tersebar luas tidak mencengkam ke dalam tanah cuma dipermukaan sahaja.

Seorang pakar pula berpendapat kesan seperti “bernafas” ini berlaku apabila terdapat tiupan angin pada atas pokok lalu gelombang goyangannya sampai ke bahagian bawah hingga boleh menyebabkan tanah terangkat kerana akar pokok tidak terlalu dalam.

SUMBER : Ratu Sembang