Lebih 92,000 Tandatangan Petisyen Desak Moorthy Dipecat

0
134

Dalam tempoh kurang 24 jam dilancarkan, petisyen meminta P Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudah ditandatangani oleh lebih 92,000 orang.

Petisyen yang digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi tandatangan di atas talian Change.Org itu memberitahu bahawa tujuan petisyen itu dilancarkan mereka diatas beberapa faktor.

Menurut GPS antara sebabnya ialah tindakan Moorthy yang telah memburukkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia yang beragama Hindu telah didiskriminasi, kerana perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam, serta rumah-rumah ibadat mereka telah dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.

“Antara lain berkeras mahu meratifikasikan ICERD; Gagal untuk mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai menteri; Mempunyai latar belakang yang agak kontroversial,” petik kenyataan itu.

Kelmarin video lama Moorthy tular di media sosial dengan kandungan memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Justeru tegas GPS, mereka menuntut perlucutan jawatan Moorty sebagai menteri demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama serta latar belakang.

SUMBER : Isu Viral