“Laa Dia Islam Rupanya!..” – Ramai Terkejut, Bila Pencipta Lagu Haram Bagi Salam

0
164

Tanggal 3 Februari 2019 menyaksikan pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL33) melabuhkan tirainya dengan satu lagi sejarah tercipta apabila lagu Haram, nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah dinobatkan sebagai juara.

Ketika orang ramai sedang rancak berbual mengenai kejayaan mereka, tidak dilupakan ‘tulang belakang’ yang turut menghasilkan lagu tersebut hingga menewaskan lagu-lagu finalis lain.

Pemuda berbangsa Cina iaitu Ezra Kong, nama yang tidak asing lagi apabila mula menceburi bidang muzik tempatan sekitar lima tahun lalu.

Beliau yang berusia 31 tahun sering mencipta lagu-lagu fenomena bersama Hael iaitu Jampi, Haram dan Hajat.

Tetapi setelah diumumkan sebagai juara, ramai netizen yang terkejut apabila pemuda berasal dari Port Klang itu memberi salam ketika membuat ucapan penghargaan malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

On the way to japan, mencari raksasa 😲😲Sempat lagi promote lagu. @raksasarec #nisancinta

A post shared by Ezra Kong (@ezrakong) on

Walaupun tiada informasi mengenai status agama beliau, rata-rata warga di laman sosial Twitter tidak menyangka beliau merupakan seorang ‘Muslim’.

Islam rupanya!

Terkejut dia bagi salam!

Cina bangsa, Islam agama!

Ada juga yang memuji sikap beliau kerana tidak bersalaman bukan mahram dengan meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.

Patut la tak salam Dayang

Tolak pelawaan salam

SUMBER : Twitter

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express