Kuala Lumpur Penuh Petang Ini Untuk Penyatuan Ummah

0
55

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sekali lagi menggerakkan orang ramai untuk turun berhimpun di ibu negara, kali ini bagi menyertai himpunan “mempertahankan kedaulatan Islam”.

Perhimpunan yang dikatakan sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa itu dijangka bermula pada jam 2 petang nanti dan dijadualkan berakhir sekitar jam 6 petang.

Ummah yang mengetuai himpunan itu akan bermula di Masjid Jamek selepas solat Zuhur dan akan berakhir di Sogo yang akan menghimpunkan kesemua pemimpin NGO dan parti politik terbabit.

Ia merupakan himpunan kedua dianjurkan Ummah yang merupakan gabungan NGO Islam setelah kejayaan perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) tahun lalu.

Program anjuran Ummah itu turut mendapat sokongan pemimpin Umno dan PAS yang telah menyatakan kesediaan untuk mengerahkan anggota parti masing-masing.

Menurut Timbalan Pengerusi Ummah Kamaruzaman Mohamad, perhimpunan hari ini akan menyentuh isu-isu semasa yang didakwa mengancam kedaulatan negara dan kedudukan agama Islam, seperti Statut Rom, kematian anggota Bomba dan pelbagai isu lain yang bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

AHMAD MASLAN ANTARA ORANG TERAWAL TIBA DI PENYATUAN UMMAH

Ia ditambah lagi dengan penahanan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin dalam satu wawancara minggu lalu menegaskan pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghina agama selain menyifatkan perhimpunan berkenaan sebagai usaha untuk menghasut umat Islam di negara ini.

Kuala Lumpur Akan Penuh Kata Lokman

1.14pm: Sogo – Kira-kira 50 orang berkumpul di hadapan pusat beli belah Sogo dengan memakai kemeja-t putih dengan tulisan “Daulat tuanku takyat bersama tuanku” yang memaparkan gambar raja-raja Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam yang turut bersama kumpulan berkenaan tidak boleh menjangkakan berapa ramai yang akan turun hari ini.

“Kita tak boleh jangka tapi bakal penuh.

“Seluruh Malaysia kita dah buat seruan suruh orang datang,” katanya.

Kebanyakan yang hadir tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan Lokman.

Turut kelihatan beberapa gerai dibuka menjual kemeja-T dan mafla dengan tulisan “penyatuan ummah” dan “himpunan perpaduan Ummah”.

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sekali lagi menggerakkan orang ramai untuk turun berhimpun di ibu negara, kali ini bagi menyertai himpunan “mempertahankan kedaulatan Islam”.

Perhimpunan yang dikatakan sudah mendapat kelulusan pihak beekuasa itu dijangka bermula pada jam 1.45 petang nanti dan dijadualkan berakhir sekitar jam 6 petang.

Ummah yang mengetuai himpunan itu akan bermula di Masjid Jamek selepas solat Zuhur dan akan berakhir di Sogo yang akan menghimpunkan kesemua pemimpin NGO dan parti politik terbabit.

Ia merupakan himpunan kedua dianjuran Ummah yang merupakan gabungan NGO-NGO Islam setelah kejayaan perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) tahun lalu.

Program anjuran Ummah itu turut mendapat sokongan pemimpin Umno dan PAS yang telah menyatakan kesediaan untuk mengerahkan anggota parti masing-masing.

Menurut Kamaruzaman, perhimpunan diadakan sebelum bulan puasa agar isu ini tidak tenggelam dan diperjuangkan.

SUMBER : KL Viral