Klinik 1 Malaysia bakal ditutup? Ini kenyataan penuh Ketua Pengarah Kesihatan

0
231

Klinik 1 Malaysia bakal ditutup? Ini kenyataan penuh Ketua Pengarah Kesihatan  | Kementerian Kesihatan menafikan mengeluarkan arahan supaya menutup klinik 1Malaysia seperti yang didakwa dan menjadi tular di media sosial.

Video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa terdapat rancangan untuk menutup beberapa klinik komuniti.

“Sehingga kini kementerian kesihatan, masih belum memuktamadkan atau memberi arahan penutupan klinik komuniti atau klinik 1Malaysia yang telah dikenal pasti.

“Ini memandangkan proses kaji semula ini masih perlu dimurnikan sebelum dimuktamadkan oleh pengurusan tertinggi kementerian kesihatan,” kata Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu hari ini terdapat satu kolaj makluman yang mendakwa beberapa klinik 1Malaysia di Selangor akan ditutup sama ada pada 16 Ogos atau 1 Sept menjadi tular.

Notis itu menasihatkan pesakit untuk ke klinik kesihatan kerajaan yang lain atau klinik berdekatan lain.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata klinik yang mungkin ditutup itu mesti memenuhi beberapa kriteria tertentu iaitu: jumlah kedatangan pesakit yang rendah, keberadaan fasiliti kesihatan lain yang berdekatan dan sewa atau kos operasi yang tinggi.

Beliau juga mengulangi dua rancangan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad untuk klinik 1Malaysia, yang akan dijenamakan semula sebagai klinik komuniti.

Langkah pertama ialah menaik taraf beberapa klinik komuniti kepada klinik kesihatan, yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rawatan yang lebih luas.

Kedua, menempatkan lebih banyak pegawai perubatan dan pegawai farmasi atau pembantu pegawai farmasi ke klinik komuniti.

Buat masa ini, terdapat 347 klinik 1Malaysia di seluruh negara.

Bazirkan RM210 Juta jika tukar kasut sekolah hitam, Ini komen pedas buat Menteri Pendidikan!

Bazirkan RM210 Juta jika tukar kasut sekolah hitam, Ini komen pedas buat Menteri Pendidikan! | KUALA LUMPUR- Tukar kasut sekolah bewarna putih kepada hitam bukan satu idea yang baik.

Itu pandangan Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) kerana peraturan baharu itu bakal membebankan ibu bapa selain menyebabkan lambakan kasut putih dalam pasaran.

Ahli Majlis MRA, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, penggunaan kasut sekolah putih selama ini tidak pernah menimbulkan masalah.

Justeru beliau meminta kerajaan memberi penjelasan lanjut kepada pihak peruncit, pengilang dan ibu bapa mengenai cadangan baharu itu.

“Saya berpendapat tiada sebab untuk mengubah (dasar) yang tidak mempunyai masalah. Kita hanya akan mengubah sesuatu sekiranya ianya tidak betul atau tidak logik tetapi selama ini, pemakaian kasut putih tidak pernah menimbulkan masalah.

“Sekiranya kasut putih cepat kotor dan membebankan ibu-ibu untuk membasuhnya, saya tidak ingat sejak bila ibu-ibu yang perlu membasuh kasut sekolah anak?

“Sepatutnya ia dilakukan oleh anak itu sendiri iaitu memastikan semua pakaian sekolah mereka bersih dan kemas. Itu dinamakan disiplin,” katanya semasa sidang media khas berhubung isu itu di sini hari ini.

Menurut Ameer Ali, MRA telah menulis surat kepada semua kementerian berkaitan untuk menyatakan pandangan mereka berhubung isu tersebut.

Pada minggu lepas, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mencadangkan supaya pemakaian kasut sekolah berwarna putih kepada hitam dan ia dilakukan secara berperingkat selama 18 bulan.

Menurut Ameer, ibu bapa juga tidak perlu dibebankan dengan peraturan baharu itu kerana penukaran kasut sekolah berwarna putih kepada hitam menuntut perbelanjaan kepada pengguna.

Dengan mengambil anggaran harga purata sepasang kasut sekolah adalah RM30 sepasang didarab dengan jumlah pelajar sekolah di negara ini seramai tujuh juta orang, Ameer berkata, sekurang-kurangnya RM210 juta dibazirkan hanya untuk menukar kasut sekolah.

“Sebagai peruncit, kami gembira apabila mendapat jualan sebanyak RM210 juta ini tetapi kenapa kerajaan perlu melakukan sesuatu yang boleh membebankan pengguna yang sudah sedia terbeban dengan kos sara hidup, GST dan SST?” katanya lagi.

Tambahnya, meskipun kerajaan memberi tempoh pelaksanaan secara berperingkat selama 18 bulan, ia tidak memberi sebarang kesan kepada peruncit kerana mereka telah pun membuat tempahan kasut sekolah berwarna putih lebih awal.

Ini bermakna, lambakan kasut sekolah berwarna putih akan tetap berlaku sekiranya dasar itu dilaksanakan walaupun secara berperingkat.

“Kakitangan kerajaan mungkin tidak tahu bagaimana kami (para peruncit) melakukan perniagaan. Kami sudah membuat tempahan kasut sekolah berwarna putih sejak awal lagi, bukan (tempahan) untuk tahun ini sahaja malah untuk tahun depan juga.

“Kami perlu membuat tempahan awal atau kami namakan pra-perancangan kerana sebagai peruncit kami akan disalahkan sekiranya sesuatu barangan itu tidak ada di dalam pasaran, jadi sekarang siapa yang mahu menanggung kerugian?

“Sebagai peruncit, kami akan ‘lepaskan’ kerugian kepada pengguna melalui kenaikan harga barangan lain,” ujarnya.-MalaysiaGazette.

SUMBER: helangmerah

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here