Kilang Rokok Diarah Tutup, Penjualan Rokok Akan Dihentikan Dalam Masa Terdekat??? Baca Sampai Habis Dulu…

0
89

Benarkah KILANG ROKOK diarah TUTUP?, Penjualan Rokok akan dihentikan?

Gambar hiasan – dipercayai poster ini tidak benar

Hasil Cukai

Advertisement

Kenaikan cukai rokok meningkatkan hasil cukai dan pendapatan kepada Kerajaan. Ia dianggarkan kenaikan 10 peratus cukai rokok menyebabkan kenaikan lebih kurang tujuh peratus hasil kerajaan (World Bank, 1999). Rajah 2 menunjukkan hubungan positif antara kadar cukai eksais ke atas rokok dan hasil cukai yang dijana kerajaan.

Rajah 2: Hasil Cukai dan Kadar Cukai Eksais di Malaysia (1980-2009)
Permintaan kepada rokok akan terus menjana peningkatan hasil cukai tambahan kepada kerajaan. Ini adalah situasi menang-menang kepada pembuat dasar.

Graf di atas menunjukkan permintaan untuk rokok di Malaysia adalah tidak anjal. Permintaan tidak anjal bermakna pengguna kurang responsif kepada perubahan harga. Ia mungkin disebabkan kurang kesedaran terhadap kesan rokok kepada kesihatan, ketagihan dan ketersediaan rokok haram sebagai pengganti.

Dengan pendapatan melalui cukai rokok kepada Kerajaan yang semakin tinggi, adakah Kerajaan PH akan tutup kilang rokok atau menghentikan penjualan rokok kepada rakyat Malaysia?

Anda ada jawapannya. Sumber asal Celahgelagar