Ketahuilah 6 Benda Asas Ini Yang Kita Kena Tahu Bila Masuk Bab Bertunang, Yang Ramai Tidak Tahu Dan Ambil Mudah!

0
95

6 Benda Asas Ini Yang Kita Kena Tahu Bila Masuk Bab Bertunang. Jika anda adalah anak yang pertama kahwin dalam keluarga atau mempunyai ibu bapa yang moden, mungkin kita tidak didedahkan dengan 6 perkara ini.

1: Mas Kahwin

Wang hantaran untuk majlis nikah. Hal-hal ini selalunya dibincang dahulu sesama keluarga pasangan sebelum majlis pertunangan berlangsung. Selalunya pihak lelaki yang akan mengajukan soalan berkaitan ini dahulu dan pihak perempuan akan menetapkannya. Jadi, tidak adalah kekalutan atau rasa segan di majlis pertunangan nanti.

2: Cincin

Bagi pihak lelaki yang datang daripada jauh, selalunya majlis merisik dan bertunang diadakan serentak. Jadi, mereka akan membawa dua cincin pada masa yang sama. Satu untuk cincin merisik dan satu lagi cincin pertunangan. Bagi pasangan yang rumah keluarga mereka tidak jauh, mereka selalunya mengadakan dua majlis ini secara berasingan.

Kadang kala pihak perempuan juga ada menyediakan cincin untuk pihak lelaki. Cincin untuk bakal pengantin perempuan akan disarungkan oleh ibu bakal pengantin lelaki. Manakala bagi bakal pengantin lelaki pula, cincin akan disarungkan bakal bapa mentuanya.

3: Hantaran

Hantaran untuk majlis pertunangan lebih kepada makanan. Kek, pulut kuning, puding, kek cawan, kuih, dan sebagainya, Ada juga yang memberi kain untuk persalinan nikah. Menurut kebiasaan, hantaran daripada pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki. Sebelum pihak lelaki berangkat pulang, barangan atas dulang hantaran ditukar ke dulang pihak lagi satu.

4: Jamuan Makan

Sebenarnya tiada peraturan dalam hal ini. Lauk campur makan tengah hari biasa pun sudah memadai.

5: Bakal Pengantin Lelaki

Bila majlis sedang berlangsung, bakal pengantin lelaki selalunya duduk di luar dahulu. Apabila dipanggil baru turut sama menyertai majlis

6: Kos Majlis

Kos majlis pertunangan kebiasaanya ditanggung oleh pihak perempuan.

Artikel Lain

Teruskan Amal Doa-Doa Ini Untuk Mudah Mendapat Jodoh

Melihat teman-teman lain sudah mempunyai teman hidup sedikit sebanyak membuat diri rasa runsing. Soal hati, apa kurangnya diri berbanding dengan mereka? Usia sudah melewati 25 tetapi masih tidak mempunyai teman hidup. Usahlah terlalu risau andai jodoh tidak kunjung tiba. Sebagai manusia yang percaya akan kuasa Allah, sentiasalah berikhtiar tanpa jemu.

Cubalah Amalkan Setiap Malam Jumaat Surah Alam Nasyrah 313x

AllahummaSyroh Shuduura awlada adam wa banaati hawa warzuqniy zaujatas Shoolihatal latiy tuhibbuha watardhoohaa war zuqniyz zawjas shoolihul ladzii tuhibbuha wa tardhoohu

“Ya Allah lapangkan hatinya anak cucu Adam dan Ibu Hawa, dan berikanlah kami jodoh perempuan yang Engkau cintai dan Engkau Redhai, dan berilah kami jodoh laki-laki yang Engkau Cintai dan Engkau Redhai”

Insya Allah dengan keberkatan ayat Quran di atas Allah berkenan memberikan jodoh kepada kita. Sementara di bawah ini ada juga beberapa do’a untuk mempercepat mendapatkan jodoh:

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya

Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya

Jangan biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya

Kikislah pesonanya dari setiap pelupuk mataku

Usirlah dia dari relung hatiku

Gantilah kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari pada-Mu yang tulus dan murni

Bantulah aku agar dapat mengasihinya sebagai seorang sahabat
Tetapi jika engkau ciptakan dia untukku, ya Allah, satukan hati kami

Bantulah hamba untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya

Berikan hamba kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya

Lembutkan hatinya agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima hamba dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan

Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya

Ya Allah Maha Pengasih,

Dengarkanlah hamba-Mu ini

Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu

Allah Yang Maha Kekal,

Aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku

Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya

Semua ini untuk hidup lebih dekat dengan-Mu, lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu

Bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan

Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, ya Allah.

Selain berdo’a kita juga harus tetap berusaha agar jodor yang kita nanti-nantikan segera hadir. Salah satunya ialah dengan meningkatkan kualiti diri supaya lebih baik dari hari ke hari. Ingatlah bahawa jodoh kita adalah cerminan dari diri kita sendiri. Apabila semua usaha telah dilakukan, seterusnya kita pasrahkan semua kepada Allah dan berharap yang terbaik.