Kertas Ditulis Dengan Warna Darah Dan Dipacakkan Pisau. Aktivist PPIM Ini Terima Ugutan Dan Ini Amaran Terakhir

0
44

Bila disebut PPIM pasti ramai akan terfikirkan Yusuf Azmi (telah keluar dari PPIM), Abang Ali dan To’Ki. Kisah kisah PPIM sudah banyak kali menjadi tular dan mereka tular kerana keberanian mereka menegakkan kebenaran untuk menolong rakyat yang dalam keadaan susah terutama dalam peminjaman Ahlong.

Tetapi PPIM sebenarnya mempunyai ramai aktivist dan banyak kes kes yang mereka bantu cuma mereka tidak tularkan di media cetak atau media sosial. Kebanyakkannya untuk melindungi maangsa yang terlibat.

Kerja PPIM bukan suatu yang mudah, terima ugutan adalah lumrah bagi mereka yang telah bekerja lama dalam PPIM. Ini kisah salah seorang aktivist PPIM yang telah menerima ugutan dari pihak yang tidak betul.

Aktivis PPIM Diancam Ugutan

JANGAN ‘menghalang’ dan masuk campur urusan S******* jika tak nak hidup susah. Itu ugutan yang diterima aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Mazlina Abu Bakar, malam Ahad lalu.

Amaran itu ditulis di atas sehelai kertas dan dilekatkan bersama sebilah pisau selain tulisan ‘Warning’ berwarna merah ditemui di pintu rumah wanita berkenaan di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Dr Mazlina berkata, amaran berkenaan mempunyai kaitan dengan kes yang cuba diselesaikan PPIM di bawah kendaliannya di mana ramai mangsa yang muflis akibat terpedaya dengan syarikat berkenaan.

“Kes ini dipercayai membabitkan satu isu perumahan di Selangor. Selepas PRU (Pilihanraya Umum) saya berhenti sekejap mengendali kes ini, sebelum kembali agresif sejak beberapa minggu lalu.

© Provided by Media Prima NOTA ugutan yang diterima Dr Mazlina di pintu rumahnya di Bukit Antarabangsa, Ampang pada Ahad lalu. FOTO Ihsan PPIM

“Saya memang terkejut apabila melihat kertas amaran itu di pintu rumah sebaik pulang dari rumah ibu. Laporan polis dibuat pada malam (Ahad) itu juga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial mendakwa aktivis berkenaan diugut pihak yang dipercayai tidak berpuas hati dengan kes yang dikendalikan PPIM dengan melekatkan surat amaran bersama pisau.

Dr Mazlina berkata, dia akan terus mengendalikan kes berkenaan walaupun menerima ugutan dan mengakui ia kali pertama dirinya menerima amaran sedemikian.

“Bukan nak kata serik, tapi saya cuma bimbangkan keselamatan anak saya selain memikirkan situasi suami sebagai penjawat awam,” katanya.

Katanya, satu sidang media akan diadakan esok untuk menceritakan lebih lanjut berhubung kejadian selepas mendapat nasihat daripada Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

SUMBER : MSN

Loading...