”Kembalilah Sayang, Aku Ingin Kamu Menjadi Isteriku Dan Ibu Buat Anak Kita,” Luahan Sayu Bakal Suami Pramugari Lion Air

0
101

Semalam, kita dikejutkan dengan terhempasnya pesawat Lion Air JT601 yang membawa 178 penumpang termasuk 8 anak kapal di perairan Karawan, Jakarta Utara. Lebih meruntun jiwa, apabila pasukan mencari dan penyelamat Indonesia mengesahkan tiada mangsa yang terselamat dalam tersebut. Setakat semalam, sudah 7 mayat ditemui dan proses bedah siasat akan dilakukan bermula 7 pagi hari ini.

Pada masa sama, pelbagai maklumat dan gambar mengenai kejadian tersebut tersebar dan dikongsikan oleh orang ramai di media sosial. Salah-satunya adalah luahan perasaan keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terlibat dalam nahas.

Apryfadhli yang merupakan kekasih dan bakal suami anak kapal lion air, Merry yulanda turut berkongsi luahan pilu menerusi kapsyen di instagram miliknya. Penuh dengan pengharapan untuk disatukan sebagai suami isteri yang sah, siapa sangka takdir tuhan mengatasi segalanya. Ikuti luahan jejaka ini seperti di bawah yang berharap kekasih hatinya itu kembali. Sebak!

Setiap sujud aku selalu mendoakan kamu sayang, aku memohon dan berharap kepada Allah untuk satukan kita. Sampai kamu menjadi penyemangat hidup aku dan untuk cita cita kita bersama kedepan.

Kamu ingin jadi isteri aku dan aku pun ingin kamu menjadi ibu buat anak kita nanti, tapi Allah berkehendak lain, setiap langkah dan tujuan aku selalu memohon kepada Allah untuk bisa bersama kamu kembali untuk kita kedepan.

Kamu harus kembali bulan april 2019 kita akan lamaran, sayang kamu kembali ya sayang, gak ada seorang pun yang bisa menggantikan kamu sayang. Bagaimana keadaan mu aku akan tetap terima kamu apa adanya.

Lindungilah Mery walau di mana pun dia berada ya Allah..

Aku tunggu kamu sampai di Aceh petang nanti sayang, aku yakin kamu baik-baik saja sayang..

I love you more than words can wield the matter

Sumber : Instagram apryfadhil

Loading...