“Kelibat Acap Terlihat Di Gua Batu Putih..” – Abang Rayu Acap Pulang

0
154

Nama Acap atau Mohamad Ashraf Hassan (29 tahun) sering menjadi sebutan masyarakat. Kehilangannya pada 23 Mac lalu semasa menyertai larian Gopeng Ultra Trail masih menjadi misteri sehingga kini. Biarpun ramai pihak yang datang menghulurkan pertolongan mahupun dari segi fizikal mahupun ‘batin’, usaha untuk menemui Acsp masih menemui jalan buntu.

Keprihatinan dan semangat masyarakat untuk membantu pencarian Acap nyata menjadi ‘gelombang’ terbesar di negara apabila nama Acap selalu menjadi tanda palang di media sosial seperti Facebook dan Twitter. Malah orang ramai sentiasa ternanti-nanti maklumat terbaru mengenai Acap.

Dalam hantaran abang Acap sebentar tadi, Denny Lang mengatakan bahawa bahawa mereka terlihat kelibat seolah-olah acap sedang bermundar-mandir di dalam sebuah gua. Menurut Denny :

Salam Ramadhan Al Kareem. Sudah Hari Kedua Kita Menjalani Ibadah Puasa.

Sedikit Coretan Pada Misi Tempoh Hari. Alam mistik terlalu sukar utk kita fahami. Sebagai abang saya sebolehnya menolak sebarang kaitan entiti dlm isu ini.

Tetapi kuasa Allah bila dikata jadi maka jadilah. Dipertemukan dgn seribu satu kisah dibumi gopeng merupakan satu ilmu baru bagi kami. Sedia maklum soscmed ini brsifat terbuka. Ada netizen dari luar daerah juga ada kalangan dari penduduk tempatan bumi bertuah Gopeng.

Mungkin ada yg berasa kurang senang jika insiden ini membuka sesuatu rahsia atau perkara yg terlalu sensitif utk mereka perkatakan.

Namun Percayalah.
Jauh di sudut hati saya. Tiadalah lain yg saya harap. Hanya kepulangan acap sahaja menjadi fokus utama saya.

Apa sahaja petunjuk yang mungkin membawa kepada penemuan acap terpaksa diambil kira.

Saya Tak Boleh Berhenti Disini Maafkan Saya

Untuk Pertama Kalinya Posting Saya Ada Circle Mark (Bulat)

Jika kelibat ini benar adik saya acap maka izinkanlah dia pulang.

Video rakaman secara tidak sengaja oleh unit dron SAR kami.

SUMBER : Siakapkeli