“Kecoh Apabila Penduduk Flat PPR Di Pasir Gudang Diarah Keluar..” – Warganet Terkejut Lepas Tahu Ini Puncanya

0
51

Berikut adalah perkongsian awal yang di muat naik di Facebook Umno Bahagian Pasir Gudang dan artikel kemudian diolah oleh Johorpress.com:

Mengejutkan pada hari ini apabila hampir 11 rumah di Rumah Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam telah disita oleh pihak berkuasa.

Ia susulan tunggakan penyewa yang majoritinya orang Melayu dengan bayaran sewaan rumah dengan Kerajaan Johor.

Apa yang mendukacitakan, di mana budi bicara dan jalan penyelesaian yang boleh digunakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban serta memudahkan penyewa menjelaskan bayaran tanpa perlu menyita rumah mereka.

Belum pernah dalam sejarah kerajaan terdahulu di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyita rumah penduduk. Malah, banyak saluran yang digunakan untuk membantu dan memudahkan urusan rakyat. Yang lebih mustahak rakyat mempunyai rumah untuk hidup dalam keadaan harmoni.

Marilah kita mendoakan agar rakyat yang dizalimi ini sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Semakin menghampiri Ramadhan, semakin besar ujian mereka yang bakal menyambutnya tanpa rumah.

Ini Penjelasan Pihak Berkuasa

Menjawab isu tersebut yang ditularkan di media sosial, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar, Dzulkefly Ahmad, menjelaskan tindakan itu terpaksa dilakukan memandangkan jumlah tunggakan yang besar daripada penduduk terlibat, antara setahun ke enam tahun tunggakan.

Tindakan menyita 11 rumah di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Alam di Pasir Gudang, Johor semalam bukanlah dilakukan dengan niat untuk menzalimi penduduk yang terlibat.

“ Kita faham, sebahagian penduduk PPR ini terdiri daripada keluarga miskin B40. Tapi bila dah dapat notis, penting untuk mereka datang berjumpa kita untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.

“ Kalau diam sahaja, jadi kita tak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ambil tindakan lah.

“ Setidak-tidaknya, perkara ini menjadi pengajaran kepada mereka, duduk luar sekejap. Begitulah. Kita tak ada niat hendak menzalimi mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam media tempatan melaporkan sejumlah keluarga di kediaman Flat Jalan Tasek 64, Seri Alam, Pasir Gudang, hilang tempat tinggal apabila rumah mereka disita penguat kuasa.

Rupanya Sebab Gagal Lunaskan Tunggakan

Tindakan sita itu, lapor Utusan Malaysia dipercayai diambil akibat penduduk terbabit gagal melunaskan tunggakan bayaran sewa kepada kerajaan negeri.

Menurut laporan akhbar itu, seorang penduduk, Mohd Zin Mustafa, 47, penguat kuasa mengarahkan mereka keluar daripada rumah yang didiami bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Menurut Mohd Zin, mereka diarahkan keluar kerana gagal melunaskan bayaran sewa kira-kira RM100 kepada kerajaan negeri sejak 2015.

SUMBER : Johopress

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express