KAMI IC BIRU KENAPA TIDAK BOLEH MASUK KATA PENYOKONG NAJIB RAZAK

0
566

Editor Sarawak Report hadir di mahkamah

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini hari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau hadir bagi menghadiri prosiding permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan perintah bagi menghalang media dan orang awam daripada membincangkan merit kes pecah amanah, salah guna jawatan dan pengubahan wang haram dihadapinya.

Menurut pegawai yang menjaga kaunter pendaftaran media, Rewcastle-Brown yang tiba pada jam 9.15 pagi tidak datang ke kaunter di lobi mahkamah.

Beliau hanya dilihat berada di lobi dan berkemungkinan menaiki lif ke tingkat atas dan turun semula 10 minit kemudian.

EDITOR Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, meninggalkan mahkamah selepas mengikuti pendengaran permohonan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan perintah sekatan daripada orang awam dan media membincangkan mengenai merit kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dihadapinya di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dalam hujahan berkata komen orang ramai terhadap kenyataan disiarkan Peguam Negara, Tommy Thomas; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, serta artikel Sarawak Report adalah amat serius.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya mempersoalkan adakah mereka akan mendapat perbicaraan yang adil jika komen sedemikian dibenarkan berleluasa ketika kes pendakwaan terhadap anak guamnya sedang berlangsung.

“Ini adalah antara beberapa artikel yang sudah diterbitkan dan masih lagi disiarkan…Ada yang sudah dikenal pasti dan ada yang masih belum dikenal pasti.

“Malah ada yang memberikan komen yang tidak menyenangkan ketika saya sedang memberikan hujahan pada ketika ini… Adakah ini kelakuan yang kita hendak biarkan?” katanya.

Muhammad Shafee berkata, pihaknya tidak menghalang laporan yang adil oleh pihak media sebaliknya apa yang dibangkitkan melalui permohonan itu adalah artikel atau komen yang boleh mempengaruhi keputusan kes dihadapi anak guamnya.

Sekumpulan penyokong Datuk Seri Najib Razak berang kerana dihalang masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada bekas perdana menteri itu yang hadir bagi mengikuti prosiding mendapatkan perintah sekatan terhadap media daripada menerbitkan perbincangan berkaitan merit dan pertuduhan yang dihadapi.

SUMBER : Tv Bulan

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here