Kalau UMNO Tak Mahu Najib, PAS Sanggup Terima

0
891

Semenjak dua menjak ni kita asyik dengar yang parti UMNO mahu bekas presidennya tarik diri daripada terlibat dalam apa-apa kempen PRK atau lebih baik jauhkan dirinya saja dari UMNO.

Tapi lain pulak dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kata mereka tak ada apa-apa isu dengan Najib dan berharap kalau bekas PM itu terlibat sama dalam kempen PRK Seri Setia tak lama lagi, lapor Malay Mail. Kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mereka tak menutup pintu pada sesiapa termasuklah bekas PM itu. 

Kita tidak tutup pintu kepada semua, terpulang kepada pandangan masing-masing perlu atau tidak untuk datang,” katanya kepada media

Najib sebelum ni memberitahu yang dia ‘mahu berehat’ daripada berkempen pilihan raya kecil termasuklah PRK di Balakong Sabtu ni. Najib jugak dilaporkan berbuat demikian lepas terima desakan yang suruh beliau ‘jarakkan diri’ dari UMNO lepas parti tu tewas di PRK Sungai Kandis.

Sementara tu, bila ditanya sama ada PAS akan beri sokongan kepada MCA di PRK Balakong nanti, Abdul Hadi menjawab,

“Insya-Allah kerana kita sama-sama semangat pembangkang.” 

Calon PAS Dr Halimah Ali telah diumumkan bakal bertanding melawan calon PKR di PRK Seri Setia yang akan diadakan pada September nanti.

UMNO tak mahu, PAS ada kan…

Pas tak halang Najib turun kempen Seri Setia

PETALING JAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menghalang sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun berkempen di PRK Dun Seri Setia.

Menurutnya, Pas tidak menutup pintu kepada sesiapa dan terpulang kepada pandangan masing-masing sama ada perlu datang atau tidak.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan media berhubung pendirian parti tersebut sekiranya Najib ikut sama berkempen di Dun Seri Setia.

“Kita tak tutup pintu kepada semua, terpulang kepada pandangan masing-masing perlu atau tidak untuk datang,” katanya dalam sidang media selepas pengisytiharan calon PRK Dun Seri Setia.

Najib sebelum ini menyatakan beliau tidak akan lagi turun berkempen untuk BN dalam siri kempen di PRK Dun Balakong dan Seri Setia kerana ingin berehat.

“Tak perlu, saya nak berehat,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu seakan memberi bayangan berkemungkinan mengarahkan ahli Pas mengundi MCA di Dun Balakong nanti.

Ketika ditanya soalan tersebut, Abdul Hadi hanya mengangguk dan menjawab ringkas.

“InsyaALLAH, kerana kita sama-sama semangat pembangkang,” ujarnya.

SUMBER : Express Viral

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here