“Jenis Otak Kat Lutut ” Dah Keluar Parking, Siap ‘Cop’ Guna Kon Lagi

0
73

Masalah ‘cop’ tempat letak kereta boleh dikatakan antara masalah sinonim yang berlaku dalam komuniti masyarakat di negara ini.

Walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan boleh didenda sekiranya berbuat demikian, namun masih terdapat individu yang mementingkan diri sendiri.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Aafatsuki Aafat memuat naik sebuah rakaman video berkongsi seorang wanita bertindak meng’cop’ tempat letak kereta setelah mengeluarkan kenderaan miliknya dari ruang parkir.

Rakaman video berdurasi satu minit itu kelihatan wanita berbaju kurung tersebut menggunakan ‘kon’ penghalang jalan bagi melarang sebarang kereta lain untuk diletakkan disitu.

Posting berkenaan menjadi tular dengan mendapat ratusan komen dan tanda suka yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati terhadap wanita berkenaan.

Kalau nak parking VIP, pindah kondo la!

Perangai betul duduk flat

Abah dia bayar parking bulan2 kot

Campak je kon tu!

Ikut arahan suami ke?

Sumber : Aafatsuki Aafat

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express