“Jangan Suka Hati Fitnah, Hutang Kami Bila Nak Bayar..” – Isu Semakin Rumit

0
548

Dalam kesibukan Aliff Syukri meluahkan perasaan tentang layanan yang diterima ketika berlangsungnya pentas akhir Gegar Vaganza 5 malam tadi, rakan beliau turut tampil memberikan pandangan tersendiri dalam isu ini.

Dalam video terbaru menerusi Instagram, Dato’ Seri Vida turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku selain memberi bayangan yang beliau turut menerima layanan yang sama ketika menjadi penaja.

“Saya datang untuk menyokong penaja namun di mana kedudukan penaja? Di tapak kaki je …,” ujar DSV dalam video tersebut.

Pengacara bersama Gegar Vaganza 5, Nabil Ahmad turut meninggalkan komen di video tersebut mengatakan mereka difitnah dalam isu ini dan turut menuntut hutang bayaran yang khabarnya sudah dua tahun tertunggak..

“Saya datang untuk menyokong penaja namun di mana kedudukan penaja? Di tapak kaki je …,” ujar DSV dalam video tersebut.

Pengacara bersama Gegar Vaganza 5, Nabil Ahmad turut meninggalkan komen di video tersebut mengatakan mereka difitnah dalam isu ini dan turut menuntut hutang bayaran yang khabarnya sudah dua tahun tertunggak..Pelbagai komen dilontarkan buat DSV, Aliff Syukri dan pihak Astro sendiri yang mana masing masing mempunyai pandangan tersendiri tentang isu ini. Nampaknya ada kemungkinan pihak pihak ini tidak akan bekerjasama dalam masa terdekat, kan? (rtky/m)

Artikel Dibawah Dipetik Daripada Mstar :

Usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehadirannya pada malam final Gegar Vaganza 5 (GV5) ibarat tetamu tidak diundang.

Bukan itu sahaja, Dr Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) yang juga penaja empat musim GV sebelum ini turut terkejut dengan layanan ‘team’ produksi program realiti itu.

“Mungkin orang tanya kalau saya dah tak menaja buat apa nak pergi? Sekurang-kurangnya saya bekas penaja GV selama empat musim hadir beri sokongan kepada Datuk Aliff.

“Tapi saya rasa macam tetamu tak diundang pula. Ya Allah sedihnya. Nabil dan Jihan dua kali saya lalu depan mata, (mereka) tak pandang… tak tegur pun saya. Mungkin mereka cakap tak nampak saya, tapi tak mungkin (mereka) tak nampak saya yang besar ni,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Vida, pada malam tersebut beliau dijemput oleh rakannya, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk menjadi sebahagian daripada penari di atas pentas bagi mempromosikan lagu baharunya berjudul Biar Apa Orang Kata.

“Datuk Aliff jemput saya untuk menari dengan dia. Kebetulan malam tadi saya pula sampai lambat kerana penerbangan saya dari Brunei mengalami sedikit kelewatan.

“Sampai-sampai je, saya diberitahu Datuk Aliff dah balik. Apa yang dirancang tak seperti diharapkan. Saya simpati dengan beliau kerana saya juga pernah melalui nasib yang sama sebelum ini,” katanya.

Insiden itu menyebabkan beliau sudah serik untuk menaja mana-mana program realiti selepas ini.

“Itu antara sebab mengapa saya sudah serik untuk menaja. Kita taja berjuta-juta tapi apa yang saya dapat… hanya makian dan cacian.

“Beginilah nasib sebagai penaja. Bila anda sudah tidak menaja, anda terus dilupakan,” katanya.

Pada Ahad malam, Aliff Syukri yang juga penaja GV5 meninggalkan malam akhir program realiti itu kerana tidak berpuas hati dengan [email protected]

Malah beliau turut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Astro tidak membenarkan beberapa rakannya untuk menari bersama di atas pentas GV.

“Jangan layan saya macam budak sekolah, saya bayar berjuta-juta kot. Kalau saya tahu jadi macam ni, saya tak akan pergi GV dan tak payah menyanyi lagi bagus.

“Saya mohon maaf kat Datuk Seri Vida, Datuk Seri Salmah, Zoey Rahman dan Kak Girl yang datang jauh-jauh tadi sepatutnya mereka join sekali menari tapi berlaku perkara tidak dirancang dan tak tahu apa motif mereka aibkan saya,” tulis Aliff di Instagram miliknya.

SUMBER : Mstar Online