Jangan Kena Tipu Lagi Dengan Kedai Tayar. Lelaki Ini Pecah Lubang Taktik Kedai Tayar Selalu Buat Untuk Untung Lebih

0
160

Berapa banyak anda habis duit bila pergi ke bengkel kereta? Selalu tak terjadi bila kita pergi untuk baiki yang ini tiba tiba ada pula penyakit lain timbul? Bawa duit untuk baiki kereta mencukupi tiba tiba mekanik bengkel beritahu kena tambah duit kerana ada kerosakkan lain.

Semua ini boleh buat mood sesiapa sahaja hilang tetapi apabila mekanik bengkel ini beritahu kerosakkan yang terbaru berapa ramai antara kita betul betul pergi periksa dan teliti adakah benar ianya rosak dan adakah benar ianya perlu dibaiki?

Selalunya yang terkena mesti wanita, bengkel bengkel kenderaan seperti kereta dan motorsikal ( yang tidak jujur sahaja ) selalunya akan menjadikan wanita sebagai target kerana kebanyakkan wanita tidak tahu banyak tentang automotif ini.

Bagaimana Nak Mencegah Dari Ditipu Di Kedai Tayar?

Lelaki ini memuatnaik 1 video menunjukkan bagaimana segelintir bengkel tayar kereta menipu pelanggannya. Ini kerana salah seorang saudara lelaki ini sendiri terkena tipu apabila bengkel tersebut memberitahu keempat empat tayar kereta saudara lelaki ini bengkok.

Amat mustahil untuk kesemua 4 rim tayar bengkok. Disebabkan ini lelaki ini membuat satu rakaman video bagaimana bengkel tayar ini menipu pelanggan. Anda lihat lah sendiri dan selepas ini anda tidak akan ditipu lagi. Hati hati apabila pergi ke bengkel, tidak semestinya tayar. Bawa lah seseorang yang ada sedikit ilmu tentang kereta sekiranya anda mencurigai bengkel tersebut.

Kredit: Kicappedas Media

Loading...