Isteri Tegur Sikit Kata Jangan Menunjuk Pun Dah Merajuk

0
276

ISTERI kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkata mereka mempunyai sebab tidak membawa dua anak angkat menyertai percutian ke United Kingdom.

Menurut Shahida, 32, Ameena dan Qayyum tidak boleh ke luar negara kerana masih terikat dengan peraturan ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Penat dah saya terangkan, Qayyum dan Ameena tidak boleh dibawa ke luar negara selama dua tahun kerana masih di bawah jagaan JKM, selepas tempoh tersebut barulah boleh buat pasport.

“Memandangkan Ameena bukan warganegara Malaysia, dia mungkin dibenarkan membuat pasport setelah berusia 18 tahun. Buat masa ini kita ikut sahaja syarat yang telah ditetapkan.

“Jangan buat andaian mengatakan kami tak bawa sekali sebab mereka anak angkat. Kalau boleh kami nak bawa semua

Bercakap mengenai kecaman yang diterima suaminya di laman sosial, bekas ahli kumpulan nasyid Solehah ini menasihati netizen supaya tidak mudah melemparkan tohmahan dan kritikan tidak berasas.

Ujarnya, setiap manusia tidak sempurna dan adalah tidak wajar membuat kecaman kepada seseorang kerana kesilapan yang dilakukan.

Kadang-kadang pelik juga, ada haters yang tak suka kami tapi masih nak tahu perkembangan. Kita hidup ini kena gembira saja.

“Semua manusia tak sempurna, ada kebaikan dan keburukan. Kalau kita tak suka seseorang, jangan kutuk-kutuk.

“Tak eloklah pandang rendah pada orang lain sebab hidayah itu milik Allah dan mungkin satu hari nanti dia akan berubah menjadi lebih baik,” ujarnya yang kini hamil

“Semua manusia tak sempurna, ada kebaikan dan keburukan. Kalau kita tak suka seseorang, jangan kutuk-kutuk.

“Tak eloklah pandang rendah pada orang lain sebab hidayah itu milik Allah dan mungkin satu hari nanti dia akan berubah menjadi lebih baik,” ujarnya yang kini hamil

Shahida dan Aliff Syukri Kamarzaman, 31, berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun

Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena yang kini berusia 5 bulan dan Qayyum 7 bulan

Sumber : MStar

DISEDIAKAN OLEH : NURUL NISA

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here