Ini Jawapan Dari BSN Berkenaan Tular Di Media Ramai Yang Kehilangan Duit

0
345

Korang yg ada akaun BSN, check baki duit.. Ramai yg mengadu hilang duit.. Apa pun tunggu penjelasan dari BSN ???

Mana mana yg ada acc BSN, tlg cheks baki masing masing, sbb selepas dia up gred dari 31/8 hingga 4/9 ramai yg mengadu hilang duit…

Mana yg ada akaun BSN la chek…ramai yg ckp duit hilang ni…

Sumber : Zack Zai

BSN Jawab Tular Duit Pelanggan Hilang

SHAH ALAM – Tidak berlaku sebarang pemotongan mahupun pengurangan baki dalam akaun simpanan pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Syarikat perbankan itu yang tampil menjawab rungutan pelanggan berkata, insiden itu berlaku disebabkan oleh beberapa kekeliruan yang timbul.

Rentetan itu, BSN memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pelanggan.

“Untuk makluman pelanggan, tiada sebarang pemotongan atau pengurangan wang dalam akaun simpanan anda, ini adalah kerana sistem memaparkan jumlah baki untuk pengeluaran tidak termasuk dengan jumlah baki minimun pelanggan (mengikut jenis akaun)

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan sistem akan memaparkan baki sebenar akaun pelanggan dalam tempoh terdekat ini,” kata BSN.

Dalam pada itu BSN juga meminta kepada pelanggan yang mendapati terdapat sebarang perubahan pada jumlah baki simpanan dalam akaun (yang melebihi RM10), agar ke cawangan BSN yang berhampiran untuk urusan kemas kini akaun simpanan mereka.

“Bagi pengguna yang mendapati terdapat pengurangan amaun sebanyak RM10 dalam akaun, untuk makluman, tiada sebarang pemotongan/ pengurangan wang dalam akaun simpanan anda.

“Skrin paparan ATM/myBSN akan memaparkan jumlah baki wang yang boleh dikeluarkan (RM10 perlu dikekalkan dalam akaun sebagai jumlah minimum yang harus disimpan dalam akaun simpanan pelanggan).

BSN sedang membaik pulih perkara ini dan akan memaparkan baki sebenar dalam tempoh terdekat ini,” kata BSN lagi.

Dalam pada itu BSN juga menyarankan pelanggan yang mempunyai sebarang masalah untuk terus menghubungi  pusat hubungan pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.

Hari ini tular di media sosial duit simpanan segelintir pemegang akaun BSN didakwa hilang.

SUMBER : Tular Media

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here