Ini Amaran Anwar Ibrahim Kepada Pakatan Harapan

0
442

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada ahli Kabinet sekiranya terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa, beliau sendiri akan menentang individu terbabit secara terang-terangan.

Malah bakal perdana menteri itu menegaskan, beliah akan bertindak bersama pembangkang sekiranya kerajaan Pakatan Harapan cuai mengurus tadbir negara.

“Sekarang saya hendak ingatkan menteri-menteri, giliran pembangkang membaca laporan audit dan mereka serang kita kalau kita cuai.

“Saya akan masuk Parlimen dalam tempoh singkat ini kalau menang, kalau serangan pembangkang itu tepat, dan ada kerosakan penyelewengan dan kecuaian pada menteri saya akan bersama dengan pembangkang untuk turut menyerang.

“Bahan (bukti) akan saya terima daripada Tan Sri Abu Kassim (Mohamed),” katanya dalam ucapan penutup Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Abu Kasssim turut hadir pada kongres tersebut sebagai salah seorang panel.

Tegas Presiden PKR itu, beliau tidak mahu salah guna kuasa terpalit kepada kerajaan PH yang akan dipimpin beliau suatu masa kelak.

“Ini adalah satu dasar konsisten, kita tidak mahu salah guna kuasa tapi kena ada sistem pemantauan yang lebih telus. Ini sebahagian besar boleh dielakkan.

“Saya percaya Ketua Audit Negara (Tan Sri Madinah Mohamad) sudah ada laporan ini yang baik jadi ketua pembangkang, kita teliti laporan ketua audit untuk guna sebagai senjata untuk perang dengan kerajaan,” katanya lagi.

SUMBER : Kaki Tular Media

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here