Golongan Miskin Tidak Perlu Minum Coke- Tony Pua

0
205

Kerajaan mempertimbangkan untuk mengenakan cukai-cukai baru termasuk cukai soda, menurut Tony Pua, ahli parlimen DAP Damansara, merangkap penasihat khas menteri kewangan.

Walau bagaimanapun, tambah Tony, langkah itu tidak akan membebankan mereka yang berpendapatan rendah dalam kumpulan B40 kerana mereka tidak perlu minum minuman tersebut.

“Misalnya, jika kita nak laksanakan cukai soda, iaitu seperti cukai kepada Coca-cola lah, ia ada dua kegunaan. 

Nombor satu, ia dapat membawa sedikit hasil bagi kerajaan. Ia tidak membebankan rakyat B40 kerana tak perlu minum Coca Cola. 

Tapi pada masa yang sama kita akan menggalakkan kehidupan lebih sihat. “ – Tony Pua

Cukai baru ini menurut laporan Buletin Utama, adalah bagi menampung bayaran balik GST yang tertunggak sebanyak RM19.4 billion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa kerajaan BN terdahulu telah ‘merompak’ wang bayaran balik GST tersebut dalam satu perbahasan mengenai GST di dewan rakyat minggu lalu.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mengulangi tuduhan itu di luar dewan rakyat.

Ahli parlimen BN Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar kemudian membuat laporan polis dan SPRM supaya menyiasat dakwaan Lim Guan Eng tersebut.

SUMBER : Sembang Tular

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here