Giliran Siti Kasim Pula Kena ‘Sekolah’ Dengan Syed Saddiq

0
8242

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas aktivis kontroversi, Siti Kasim yang mengkritiknya susulan pendiriannya menyokong peletakan jawatan P Waythamoorthy sebagai menteri.

Sambil mempertahankan tindakannya itu, Syed Saddiq yang juga Ketua Armada Bersatu itu berkata, sebaliknya Siti Kasim adalah individu yang menyemai politik perkauman apabila mengaitkan isu itu dengan semua perkara.

“I’ll continue to speak my mind & allow others to do so (Saya akan terus suarakan pandangan dan membenarkan yang lain berbuat demikian)

“Cepat sahaja puan menyalahkan orang lain rasis, tetapi realitinya puan yang menyemai politik perkauman. Stop racialising everything (Hentikan menggunakan perkauman dengan semua perkara),”tulisnya di Twitter.

Reaksi Syed Saddiq itu sebagai membalas ciapan aktivis kontroversi berkenaan yang terdahulu membidas beliau dengan mendakwanya sebagai cuba ‘memecah belah’ dan tidak bersuara mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.

“Waytha bukan masalah, orang seperti kamu yang masalah,” tulis peguam itu ditujukan kepada Syed Saddiq.

Semalam, Syed Saddiq berkata beliau sedia dikenakan tindakan dan tidak akan meminta maaf kerana menyuarakan pendapatnya.

Ia berhubung dakwaan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P Ramasamy kononnya beliau menghina kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ramasamy sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan perlu diambil terhadap Syed Sadiq kerana menghina kebijaksanaan Dr Mahathir mengenai pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, dan menyokong desakan supaya Waythamoorthy meletakkan jawatannya.

Syed Saddiq menegaskan, beliau memasuki bidang politik bukan untuk menjadi ‘pak turut’ atau mendiamkan isu yang dibangkitkan rakyat

SUMBER : Suara TV