Gambaran Awal Bagaimana Pesawat Lion Air Jatuh Terhmpas Oleh Tiga Pakar Ini Memang Ngeri

0
43

PASUKAN penyelam Indonesia menjumpai bgkai badan utama pesawat Lion Air yang terhmpas di Laut Jawa, dalam operasi mencari mgsa dan kotak hitam sejak hampir seminggu.

Penyelam melakukan pencarian di kawasan seluas 700 kilometer persegi sejak pesawat itu terhmpas pada 29 Oktober lalu, mengesan fiuslaj atau badan pesawat Boeing 737 Max 8 pada Sabtu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan, M. Syaugi kepada pemberita di Jakarta, pada Sabtu.

Beliau berkata, kru kini menumpukan usaha untuk mendapatkan bgkai pesawat tersebut.

“Kita telah menemui dua turbin, satu roda,” kata Syaugi.

“Terdapat laporan daripada anggota pasukan melihat badan pesawat,” tambahnya.

Pasukan operasi mencari menemui perakam data penerbangan, kedua-dua enjin, sebahagian gear pendaratan, cebisan maayat mgsa dan barangan peribadi sejak pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang membawa 189 orang terhmpas ke laut.

Syaugi berkata, pengesan ‘ping’ turut menunjukkan isyarat yang lemah kemungkinan dari perakam perakam suara kokpit.

Dalam pada itu, beliau berkata, seorang penyelam yang melakukan kerja-kerja sukarelawan dalam operasi mencari itu, meninggal dunia pada Jumaat. – Bloomberg

Terjunam lebih 965 kilometer sejam

WASHINGTON: Pesawat Lion Air yang terbabit dalam nahas di Indonesia Isnin lalu menjunam dengan pantas dengan kelajuan mungkin mencecah 965 kilometer sejam atau lebih sebelum terhmpas ke dalam laut, menurut tiga pakar yang membuat pengiraan berdasarkan data awal pengesan pesawat.

Boeing 737-MAX8 itu menjunam dengan sedikit atau tiada langsung pusingan dan hujungnya menunjukkan 45 darjah di bawah horizon sejurus sebelum impak, kecuraman luar biasa bagi pesawat, menurut analisis data yang diberikan FlightRadar24.

Kelajuan pesawat akan disahkan oleh rakaman data penerbangan, yang sudah ditemui tetapi belum dianalisis.

Pegawai Indonesia belum menyiarkan sebarang butiran khas mengenai laluan atau kelajuan pesawat itu.

Ia terhmpas sejurus berlepas dari Jakarta dalam perjalanan ke Pangkal Pinang.

Data FlightRadar24, yang diperoleh daripada transmisi radio pesawat itu, menunjukkan ia bergerak pada kelajuan 1,014 kilometer sejam sebelum terhmpas di Laut Jawa.

Anggaran itu pertama kali dikira oleh bekas penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), Scott Dunham, yang menggabungkan jarak pesawat itu bergerak secara mendatar dan menegak untuk tiba pada kelajuan yang dianggarkan.

Dunham, yang terbabit dalam siasatan pada 2003 mengenai kemusnahan pesawat angkasa lepas Columbia dan puluhan nahas pesawat, melakukan analisis itu atas permintaan Bloomberg News.

Siasatan mengenai nahas itu kini diketuai Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia.

Ia dibantu wakil dari NTSB, Boeing selain Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat.

SUMBER : Bloomberg News

Loading...