Gadis Ini Dilanggar Lari Oleh Seorang Pemandu Yang Tidak Bertanggungjawab. Salam Takziah Kepada Keluarga Mangsa

0
110

Pada 17hb October 2018, seorang gadis bernama Wan Amirah Wan Alias dilanggar oleh sebuah kereta ketika dia berada di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Kejadian tersebut berlaku dalam lingkungan pukul 8.30 malam.

RAKAMAN CCTV KEJADIAN LANGGAR LARI

Kelihatan daripada CCTV tersebut, kereta itu kelihatan hilang kawalan dan pada mulanya melanggar kereta yang parking di bahu jalan.

Ketika Wan Amirah Wan Alias ingin melintas jalan dia perasaan dengan kehadiran kereta tersebut dan dia cuba untuk mengelak tetapi tidak berjaya. Dia dilanggar dan diheret beberapa meter sebelum kereta tersebut melarikan diri.

Menurut penduduk yang tinggal di Cyberjaya, sejak kebelakangan ini warga asing terlalu ramai di kawasan situ. Mereka juga memberitahu kebanyakkan warga asing tidak mempunyai lesen memandu tetapi mempunyai kereta.

Mereka akan menyewa kereta di situ untuk dijadikan pengangkutan mereka. Mereka menyeru agar Menteri Pengangkutan  Anthony Loke Siew Fook memandang serius tentang perkara ini.

Ada netizen meminta pihak polis trafik untuk adakan road block (sekatan jalan raya) setiap malam.

Maklumat mengenai kereta tersebut telah tular di media sosial dan menyeru agar semua orang cari pemandu berkenaan.

Model Kereta: Hyundai berwarna putih Nombor Plat: BHS7999 Keterangan Pemandu: Berbangsa Arab / Pakistan Lokasi Insiden: Berhadapan kedai Tealive, Shaftbury, Cyberjaya.

Innallilah Wan Amirah Wan Alias

Salah satu posting dari ibu saudara Wan Amirah menyatakan bahawa anak saudara beliau sudah meniinggal dunia pagi 18hb October pada pukul 1.50pagi.

Arwah bekerja di TM (Telekom Malaysia) dan pihak syarikat TM juga telah mengesahkan perkara yang sama.

[email protected] akan disolatkan di Masjid At Taqwa, TTDI Kuala Lumpur dan akan dikebumiikan di Tanah Perkuuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Setakat ini tiada lagi apa apa maklumat dari pihak polis dan pencarian masih dilakukan untuk mencari pemandu yang tidak bertanggung jawab ini.

Semoga arwahh ditempatkan dikalangan orang beriman dan salam takziiah kepada keluarga arwahh.