Exco DAP Tunjuk Kuasa Bergaduh Dengan Nelayan Kerana Bendera Dikecam Teruk.

0
802

Kini DAP semakin dihentam teruk oleh netizen di media sosial kerana beberapa daripada ahli exco DAP yang bertindak mengguris hati beberapa penduduk di Malaysia. Exco ini dikatakan mula menunjukkan belang mereka apabila diberi kuasa dengan seringkali menggunakan kata kata kasar dan mengguris hati rakyat Malaysia.

Baru baru ini kecoh dengan seorang exco DAP yang telah menghalau beberapa orang Melayu yang tinggal diatas tanah kerajaan dengan biadap dan agak kurang ajar jadi viral di laman sosial. Berikutan dengan penularan video tersebut exco DAP terbabit dikatakan dikutuk dan dibenci oleh sebahagian dari pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan kekasaran dan kata kata kesat yang dilemparkan oleh exco DAP tersebut .

Namun beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku, Seorang lagi exco DAP telah diviralkan kerana seolah melakukan perkara yang sama dengan mengeluarkan kata kata kesat dan bergaduh dengan sekumpulan nelayan di sebuah kawasan di Melaka. Exco terbabit dikatakan sebelum ini hanyalah driver van kilang dan kini setelah mendapat jawatan exco DAP beliau mula menunjukkan belangnya.

Punca pergaduhan tersebut dikatakan berasal dari exco DAP terbabit yang tidak berpuas hati dikampung nelayan terbabit kerana kampung tersebut dipenuhi dengan bendera UMNO yang masih berkibaran di kampung tersebut. Menurut beberapa orang netizen berkata tempat tersebut adalah sememangnya tempat UMNO dan ianya adalah penyebab bendera party terbabit berkibaran di merata tempat di kampung tersebut.

[playbuzz-item item=”3fec607d-75ff-4306-b676-96b57b52fb68″ shares=”false” info=”false” wp-pb-id=”308193″]

SUMBER : Alert Tv Media