“English Macam Darjah 2…” – Berita Keratan Akhbar Thailand Tentang Harimau Malaya Memang Lawak!

0
510

Ekoran daripada kejayaan pasukan bola sepak Malaysia mara ke pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2018 semalam, semua platform media dibanjiri dengan berita dan kisah tentang kemenangan skuad Harimau Malaya.

Berita ini bukan sahaja tular dalam negara malah kisah kejayaan skuad bola ini juga tersebar di merata dunia. Salah sebuah negara yang membawakan berita ini adalah tidak lain dan tidak bukan, negara yang berjaya ditumpaskan semalam, Thailand.

Dalam sebuah status yang di tweet oleh akaun @sukanstar di laman Twitter semalam, sebuah foto keratan daripada akhbar Thailand telah dimuat naik. Keratan akhbar itu jika dibaca pada awalnya kelihatan seperti ayat berita akhbar biasa sahaja namun ditengah berita tersebut beberapa ayat daripada keratan itu telah meletuskan ketawa sesiapa sahaja yang membacanya.

Ayat daripada keratan akhbar tersebut yang paling menggelikan hati adalah apabila mereka mengatakan yang pemain Malaysia tidak pernah merasa Tom Yam dan lansung tidak memandang wanita-wanita Thailand kerana terlampau fokus. Walau bagaimanapun kata mereka lagi, mereka percaya bahawa pemain Malaysia pergi mendapatkan perkhimatan urut selepas permainan tamat.

SUMBER : Twitter