Ellie Suriaty Beri Amaran Dan Menyeru Kepada Semua Bangsa Melayu

0
325

Pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati Omar, sekali lagi tampil penuh emosi ketika hadir di satu himpunan bagi menyuarakan kesetiaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Kuala Lumpur pagi ini.

Ellie dengan nada lantang memberikan amaran kepada segelintir pihak yang didakwanya cuba menghakis peranan institusi raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik.

BANGKIT

“Jadi ini saya menyeru… ini saya cakap betul-betul, saya menyeru semua manusia berbangsa Melayu Islam, sebarkan video ini.

“Kita akan berjumpa lagi!” katanya ketika berucap di himpunan anjuran NGO Pemantau Malaysia Baru.

Kira-kira 100 orang penyokong himpunan itu mula berkumpul di kawasan lapang berhampiran kawasan parkir kereta bertingkat Bukit Aman seawal jam 8 pagi.

Mengikut rancangan asal mereka akan bergerak ke Jalan Parlimen untuk menyatakan perasaan masing-masing dan menunggu ketibaan kereta rasmi Sultan Muhammad V yang dalam perjalanan ke parlimen.

Bagaimanapu penganjur memberikan arahan bersurai kira-kira jam 9.45 pagi selepas polis tidak memberi kebenaran mereka berbuat demikian.

Ellie bukan rasis

Kata Ellie tiada sesiapa berhak mencuba untuk menjatuhkan raja-raja Melayu atau menjadikan Malaysia sebuah republik.

“Bercerai nyawa dari badan, jadi tulang, sebati dengan tanah… tapi bangsa Melayu, raja-raja Melayu, jangan cuba kamu nak jatuhkan raja Melayu dan jadikan Malaysia ini sebuah negara republik!” ucapnya dengan bersemangat sambil didampingi presiden NGO itu Lokman Noor Adam.

Untuk rekod Lokman ialah bekas panel pemikir Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA) dan kini merupakan salah seorang anggita Majlis Tertinggi Umno.

Tidak ketinggalan seorang lagi bekas panel pemikir JASA Tun Faisal Ismail Aziz.

Berpakaian serba hitam mengikut tema himpunan hari ini, Ellie sebelum itu berkali-kali menegaskan bahwa beliau bukan merupakan seorang rasis.

Sebaliknya kata pelakon Spinning Gasing itu dia hanya bersuara untuk mempertahankan institusi raja-raja Melayu.

“Saya tak cari publisiti murah.

“Saya juga bukan seorang yang rasis. Sama sekali tidak!” katanya mengulas kritikan yang timbul berikutan kemunculannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini bagi memberikan sokongan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

SUMBER : Malaysia Kini