Dia Seorang Lawan 8 Orang. Video Telah Menjadi Tular Dan Akhirnya Punca Sebenar Didedahkan

0
178

PELABUHAN KLANG – Polis menahan tiga lelaki dipercayai ada kaitan dengan kes merusuh dengan senjata yang dilaporkan berlaku di Taman Kem, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada seorang pekerja teknikal berusia 48 tahun.

Menurutnya, berdasarkan cerita pengadu, dia dihubungi oleh saudaranya pada jam 6 petang semalam memaklumkan adiknya bernama Vis dimasukkan ke sebuah hospital di Bandar Bukit Tinggi, Klang kerana cedera di bahagian lengan serta kepala akibat diserang dengan parang.

“Hasil soal siasat awal ke atas mangsa mendapati dia diserang lapan lelaki bersenjatakan parang, selain turut mengenali sebahagian daripada mereka.

Ini Punca Sebenar Bagaimana Boleh Terjadi

“Punca kejadian didapati kerana tidak puas hati terhadap perebutan kayu bumbung rumah,” katanya.

Katanya, usaha mengesan baki suspek sedang giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut seksyen 148 Kanun keseksaan kerana berhimpun dan merusuh dengan senjata.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 51 saat memaparkan sekumpulan individu dilihat berkumpul dan bergaduh di kawasan lorong menempatkan bangunan kedai.

Menerusi rakaman video itu kelihatan seorang lelaki dipukul dan dicederakan dengan parang.

Dalam video sama kelihatan orang awam turut memerhatikan gelagat kumpulan terbabit yang seolah-olah tidak kisah perbuatan mereka ditonton ramai pihak.

Loading...