Dato Dan Pekerja Jaga Parking Akhirnya Berjumpa Untuk Selesaikan Masalah

0
106

Baru baru ini tular di media sosial menunjukkan satu rakaman CCTV dimana seorang lelaki telah menyerang penjaga tempat letak kereta. Jelas kelihatan bahawa lelaki tersebut bertindak ganas. Netizen telah menyelongkar siapakah lelaki tersebut dan dia adalah salah seorang ahli korporat di salah sebuah syarikat terkemuka dalam Malaysia. Lelaki tersebut juga mempunyai pangkat Dato.

Di bawah adalah ulasan dari pihak Polis berkenaan kes tersebut setelah aduan dibuat.

Bertengkar Kerana RM3

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan video memaparkan seorang lelaki memarahi penjaga tempat letak kereta di sebuah hotel di ibu negara yang viral di media sosial baru-baru ini berlaku pada 18 September lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid, berkata mengikut laporan pengadu, suspek mula berbuat demikian selepas penjaga tempat letak kereta itu enggan menaikkan palang keluar hotel itu selepas mendapati suspek tidak membayar tiket berjumlah RM3.

“Kita terima laporan dari pengadu yang juga penjaga tempat letak kereta itu pada 19 September lalu, mangsa tidak mengalami kecederaan serius, cuma cedera ringan di bahagian lengan.

“Suspek sudah dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan sebelum ia dirujuk kepada pihak pendakwa raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ringan kepada mangsa.

Akhirnya Mereka Berjumpa

Rakaman video menunjukkan pekerja yang menjadi mangsa pukulan lelaki bergelar Dato itu akhirnya bertemu. Mereka akhirnya selesaikan masalah antara mereka dan berdamai. Pekerja tersebut beritahu bahawa dia terkejut perkara ini menjadi tular dan sebenarnya dia berhajat untuk selesaikan masalah ini dengan sendiri.

Janji semua dah ok dan tiada apa masalah lagi.

Loading...