Cukai Kad Kredit Dikenakan Semula RM50 & RM25

0
312

Mulai 1 September ini, semua pengguna kad kredit dan caj kad akan dikenakan semula cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus.

Menurut kastam, tempoh efektif kad sedia ada tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak RM25 sehingga pembaharuan kad dibuat pada tahunan akan datang.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, “kadar cukai yang dikenakan adalah sama rata iaitu pada kadar RM25 untuk kad kredit utama dan kad tambahan.”

Semasa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pemegang kad kredit perlu membayar enam peratus ke atas yuran tahunan kad, tetapi cukai perkhidmatan RM50 akan digugurkan.

Pada tahun 2010, pengguna kad kredit dan caj kad dikenakan cukai perkhidmatan RM50 terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan.

TONTON VIDEO:

SUMBER : Merah Media