Che Ta Buat Laporan Polis Ditipu Zuriati Abdullah.

0
279

Berhati-hati dengan wanita bernama Zuriati Abdullah yang dikatakan menipu ramai pelanggan dengan menggunakan nama syarikat. Sebentar tadi, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta telah membuat laporan polis terhadap seorang bekas pekerjanya itu yang didakwa menipu dalam bentuk wang ringgit dan mencuri produk syarikat.

Saya harap pihak polis bukan sekadar ambik report tapi jugak bertindak untuk menangkap penipu, ZURIATI ABDULLAH @ NASIR. MENYELEWENG DUIT , MENYAMAR & MENIPU. 

Menurut Che Ta, selain orang awam, beberapa buah syarikat besar pernah menjadi mangsa individu terbabit antaranya seperti syarikat kosmetik SimplySiti dan syarikat produk wangian Dexandra.

Umumnya, Che Ta menjalankan perniagaannya sendiri iaitu By RCW, Padusi Couture dan Padusi Picture. Antara cabang perniagaan yang mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna ialah produk di bawah label By RCW kerana ia cukup sinonim dengan golongan wanita. Antara produk terhangat di bawah jenama ini ialah Jus Goyang Rapat dan Pencuci Goyang Segar.

Sumber: IG Rozita Che Wan Via Jamil