Che Ta ‘Backup’ Adik Ipar, Mohon Netizen Selidik Dulu – “Insiden Itu Bukan Perkara Besar…”

0
21

Baru-baru ini, telah tular video seorang pelawak terkenal menyerang pengawal keselamatan di taman perumahan Nilai, Negeri Sembilan.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai, yang rata-ratanya mengecam tindakan pelawak tersebut kerana bersikap biadap terhadap golongan lebih tua.

Rozita Che Wan, selaku kakak ipar kepada pelawak tersebut turut terkena tempias atas isu yang melanda adik iparnya itu.

Semasa Di Majlis Birthday Party Zain

Menurut Rozita Che Wan, dia menganggap kejadian yang berlaku sebagai fitnah besar yang ditimbulkan pihak tertentu, melalui laman sosial.

“Sebenarnya, insiden itu bukan perkara besar, cuma sebab video itu menjadi viral. Lan pula elok sahaja buat persembahan di Johor.”

Tak Tahu Pape, Baik Diam!

Rozita Che Wan juga turut memberitahu baginya laman sosial merupakan tempat berlakunya banyak fitnah yang semakin berleluasa.

“Perkara seperti ini, kalau kita tak tahu hujung pangkal kedua-dua belah pihak, boleh jatuh fitnah.”

Suami kepada adik Rozita Che Wan, Lan Petpet telah ditahan pihak berkuasa dan dikehendaki membayar RM2,000 kepada mahkamah atas kesalahannya itu.

SUMBER : MStar Online

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express