Cara Menanam Bendi

0
391

Cara Mudah Tanam Bendi

Sekiranya anda mempunyai kawasan tanah lapang di belakang rumah, amatlah disyorkan untuk menanam bendi kerana tanaman bendi ini sesuai untuk di tanam di Malaysia yang beriklim tropika dan berhawa sederhana disebabkan ia memerlukan banyak cahaya matahari.

TANAH

Sesuai ditanam di berbagai bagai jenis tanah termasuk tanah pasir (BRIS dan bekas lombong) dan gambut.

PENYEDIAAN BATAS

Pengemburan batas perlu dilakukan terlebih dahulu untuk memperbaiki strukur tanah dan mmbuang rumpai dan benda asing.
Seminggu sebelum tanam, disyorkan untuk tabur baja organik di atas batas/ bekas tanaman
Sazi batas yang disyorkan adalah 1.2 – 1.5 m (lebar) dan tinggi 0.3 m dibuat.

SEMAIAN ANAK BENIH/ PENANAMAN TERUS DI LADANG

Penanaman anak pokok bendi boleh dilakukan dengan dua cara iaitu semaian anak benih atau tanam terus anak benih di batas.

Sekiranya semaian di tray semaian, selepas semingu atau helai daun telah keluar, anak pokok boleh dialihkan di atas batas. Guna racun thiram untuk merawat anak benih sebelum disemai.

Sekiranya penanaman secara terus di batas, dua biji benih boleh di tanam terus ke dalam batas sedalam 2 cm dengan jarak 90 cm antara pokok dan 1.5 m antara baris.
Selepas 10 hari, bila anak pokok telah tumbuh setinggi 5 cm, bolehlah lakukan penjarangan. Pokok yan kurang sihat dicabut, dan memastikan satu lubang hanya satu anak pokok.

Anda juga boleh menanam pokok bendi ini didalam pasu yang bersaiz besar.

PEMBAJAAN

Pembajaan boleh dilakukan menggunakan baja organic ataupun baja kimia. Ia dilakukan pada minggu 2,6,10 dan minggu 14. Baja yang diletakkan hendaklah di tabur di keliling pokok atau gaul di dalam tanah.

PENGUTIPAN HASIL

Buah bendi mula dikutip setelah berumur 50-55 hari selepas ditanam.
Buah boleh dikutip selepas 5-6 hari bunga berkembang. Paling elok ialah apabila buah berukuran antara 10-12 cm, bila mana buahnya masih lembut dan mudah untuk dipatahkan. Sekiranya buah mempunyai struktur yang keras, ia bermakan buah telah tua ( lewat tuai).
Tempoh kutipan hasil adalah diantara 3 – 6 bulan

SERANGGA PEROSAK POKOK BENDI

Ulat Lipat Daun( Sylepta Derogata)  :

Daun pokok bendi bergulung dan terdapat kesan gigitan ulat pada daun. Kepompong juga kelihatan terbentuk di dalam daun yang bergulung.

Cara Kawalan :

Kutip dan musnahkan daun yang bergulung. Sekiranya serangan melebihi 10% bilangan pokok yang ditanam, sembur pokok bendi dengan racun acephate.

Kepinding Dan Pengorek Buah :

Buah menjadi bantut dan terdapat lubang lubang di permukaan buah. Pada buah yang matang, biji akan menjadi kosong.

Cara Kawalan :

Serangan serangga kepinding buah dan pengorek buah. Jika serangan sedikit, kutip semua  buah  yang diserang dan tanamkan sekurang-kurangnya cm dalam tanah. Boleh juga Sembur racun serangga  seperti Carbaryl atau permethrin.

SUMBER : Kebun2u

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express