Caprice Dah Naik Angin Dan Caprice Suruh Lelaki Ini [ Edi ] Pergi Jumpa Yusuf Azmi

0
739

Kenapa baru baru ini banyak isu isu berbaur perkauman keluar? Macam macam isu yang keluar sehingga ada yang mengatakan jangan sampai tercetusnya 13 mei. Subhanallah ..

Video Penuh Berada Di Bawah ..

Baru baru ini tular di media sosial tentang seorang lelaki berbangsa melayu yang telah memuat naik 1 video dia mempersoalkan gadis cina menjual arak dan isu ini telah terkena dekat diri lelaki ini sendiri.

Gadis Cina Ini Dimaki Teruk Dan Diberi Tanda Jari Tengah Kerana Menjual Arak Dalam Giant Tetapi Ini Sebenar Yang Terjadi

Viral di media sosial seorang lelaki bukan sahaja mengganggu, malah menunjukkan tanda isyarat lucah terhadap seorang pembantu jualan di bahagian barang makanan tidak halal di sebuah pasar raya sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati netizen.

Video berdurasi 45 saat itu yang berlaku di Giant Ampang Point menunjukkan, Edi Rejang mendakwa gadis itu memberi minuman tester arak jenama Carlsberg kepada pelanggan di pasar raya itu.

Namun gadis berkenaan menafikan dakwaan Edi dan menegaskan dia hanya mempromosikan minuman itu kepada pelanggan bukan beragama Islam.

Ketika pembantu jualan itu cuba menegur tindakannya, Edi tidak semena-mena meminta dia berbahasa Melayu kerana ini adalah bumi Melayu.

Dia kemudian bertanya apakah Edi bersifat perkauman hanya kerana dia berbahasa inggeris dan secara tiba-tiba Edi menunjukkan tanda isyarat lucah sebelum beredar dari tempat itu.

FACEBOOK EDI REJANG TELAH PUN DITUTUP SELEPAS DIKECAM HEBAT

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan biadab Edi yang sangat memalukan. Tidak kurang dengan itu, ada yang berjaya mencari identiti Edi terbabit lalu didedahkan kepada umum.

Edi yang juga mempunyai akaun Instagram itu kini diserang oleh netizen melalui ruangan komen di setiap gambarnya.

AKAUN INSTAGRAM EDI REJANG BARU SAHAJA DIPRIVATEKAN

“Chinese girl tu promote kat bahagian non halal food, bukannya halal food. Yang dia gedik pergi masuk bahagian non halal tu pasal apa? Kalau ye pun promoter tu hulur arak, tolaklah dengan cara baik. Bodoh tu please jangan tunjuk sangat. Alahai,” kata netizen.

“Acah-acah nak viral konon dengan menyalahkan budak itu. Last-last satu Malaysia tahu dia sengaja masuk non-halal section. Bodoh bin bebal sangat,” kata netizen lain.

Netizen menuntut Edi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pembantu jualan itu yang jelas sekali tidak melakukan sebarang kesalahan.

Tidak kurang juga ada netizen yang meminta gadis itu memfailkan tindakan undang-undang terhadap Edi kerana menganggunya menjalankan tugas, selain menunjukkan isyarat lucah terhadapnya.

CAPRICE MELUAHKAN TIDAK PUAS HATI

This guy is a disgrace to malays and muslims. To the chinese lady who was just doing her job, iam sorry.

CAPRICE SURUH EDI REJANG JUMPA YUSUF AZMI DAN PPIM

SALAM BRO! Aku nak ajak kau tolong PPIM and my brother Yusuf Azmi untuk lawan ALONG2 kat Malaysia. Tunjuk jari kat diaorang lagi best kot. Ade berani? 0169019035. Sila hubungi jika anda masih ade telur. Mari kita sama2 bantu orang kita. Kau nak viral sangat, nah.

SUMBER : Instagram Caprice