“Bibik Pun Dia Sambut Birthday…” – Layanan Eina Azman Kepada Pembantu Rumah Dipuji Netizen

0
43

Baru sahaja tular tentang kisah kemuliaan hati Datin Paduka Eina Azman membiyai rawatan bagi dua orang kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit ekzema yang serius, kini Eina sekali lagi telah dipuji netizen kerana menyambut hari lahir orang gajinya.

Beberapa jam lalu di laman Instagram Eina, sebuah video telah dimuat naik. Video tersebut adalah video sambutan hari jadi orang gaji atau pembantu rumah Eina.

Video tersebut seterusnya telah mendapat perhatian netizen dengan jumlah bilangan likes sebanyak 72,856, video in tular kerana kemuliaan hatinya yang tidak membezakan taraf orang gaji dan meraikan orang yang lebih rendah taraf daripadanya.

Happy birthday Bik Nurhayati… semoga Panjang umur dan sentiasa di berikan kesihatan yang baik. bik nur yang paling lama dengan saya n keluarga. Terima kasih bik sebab tolong meringan kan segala apa di rumah saya. Saya jaga kamu, saya pun mengharap kan kamu jaga saya dan keluarga saya dengan baik. Walaupun banyak juga agenda2 kamu di rumah. Nanti hadiah kamu saya bagi ya

Ekoran daripada tindakan Datin ini, rata-rata netizen sebak dan tersentuh dengan kebaikan yang dicurahkan olehnya malah majoriti komen memuji tindakannya.

Humble Gilaaa

Terharu Sangatt Baiknya Diia

Dah La Cantik Tak Sombong, Baik Pulak

SUMBER : IG Eina Azman