Bangla Mengamuk Nak Bakar Stesen Minyak Di Chukai

0
108
Bangla Mengamuk Nak Bakar Stesen Minyak Di Chukai

CHUKAI – Pengguna di sebuah stesen minyak di bandar ini gempar apabila seorang warga Bangladesh yang dipercayai mabuk bertindak cuba membakar stesen minyak pada malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, warga asing yang berusia lingkungan 30-an itu dikatakan berang selepas ditegur oleh orang ramai kerana hendak menyalakan sebatang rokok di stesen minyak berkenaan.

Suspek kemudiannya bertindak menghayunkan pam minyak tersebut kepada orang ramai yang cuba untuk menangkapnya.

Beberapa pengguna yang berada di lokasi kemudiannya bertindak melarikan diri selepas suspek mengeluarkan pemetik api dan mengugut untuk membakar stesen minyak itu.

Bagaimanapun warga asing itu berjaya diberkas orang ramai selepas hampir setengah jam mengamuk.

Suspek kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah kemaman untuk tindakan lanjut.