Arab Saudi Beri Layanan Istimewa Kepada Zahid Hamidi Sebagai Tindak Balas Kerajaan PH

0
245

BERITA layanan istimewa diberikan kerajaan Arab Saudi terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Malahan rupa-rupanya ada kisah sedih tersirat kenapa Presiden UMNO itu dijemput ke Istana Mina dekat Makkah oleh Raja Salman Abdulaziz Al-Saud sendiri bagi diraikan khas dalam majlis sambutan Aidiladha pada Selasa lalu.

Ia bukan sahaja luar biasa kerana belum pernah terjadi dalam sejarah ada pemimpin bukan kerajaan tiba-tiba pula diiktiraf dan dijemput ke acara rasmi kerajaan Arab Saudi, ujar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemunculan Ahmad Zahid menjadi antara tetamu Raja Arab Saudi pada majlis tahunan tersebut sehingga tular dalam kalangan pengguna media sosial yang begitu teruja dengan insiden itu.

Menurut Najib, kerajaan Arab Saudi juga menyediakan pesawat untuk bawa dirinya ke sana tetapi beliau disekat PH pada ketika ini akibat tindakan senarai hitam oleh pihak Imigresen ke luar negara sejak blok politik itu berkuasa.

“Saya dengar ada sebuah pesawat khas milik Kerajaan Arab Saudi sendiri sudah bersedia bagi bawa saya, namun malangnya saya pula telah lama disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada bergerak bebas ke luar negara.

Baginda turut kesal terhadap keputusan kerajaan PH hari ini kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya yang sudah lama diluluskan saya dulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menyifatkan hubungannya dengan Raja Salman ibarat anak dan bapa, justeru katanya segala perancangan dibuat sebelum ini ditanggung baginda sendiri termasuklah dalam isu perangi siri keganasan pelampau di Asia Barat.

“Raja Arab Saudi turut kesal dengan tindakan kerajaan Malaysia menarik balik pasukan tentera negara kita yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di sekitar Makkah dan Kaabah diwujud ketika zaman pentadbiran saya.

“Meskipun tidak disebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik rantau Asia Barat, tentu ramai maklum mengenai hubungan kurang mesra antara Mahathir dengan pihak Arab Saudi sejak dahulu yang tiada kesudahan.

“Ini termasuk isu derma RM2.6 bilion untuk fitnah saya dan akhirnya Barisan Nasional dapat ditumbangkan,” kata Najib dalam nada kesal yang dipetik oleh sebuah portal berita tempatan.

Saudi Tetap Iktiraf UMNO, Mula Sindir PH

MESRA… Belum pernah berlaku dalam sejarah, pemimpin pembangkang sesebuah negara Islam diiktiraf kerajaan Arab Saudi dan dijemput hadiri majlis rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lebih unik, jemputan khas itu sebenarnya hanya dihadiri sejumlah pemimpin negara, ketua kerajaan dan menteri kanan yang datang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci serta diraikan baginda bersempena Hari Raya Aidiladha.

Lucunya, ketika Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa ‘bangga’ kongsi gambar beliau di Istana Mina dalam majlis tersebut menerusi akaun sosial Facebook, ramai netizen pula tegur pemimpin PAN itu.

Apa tidaknya, bukan sahaja wakil kerajaan Pakatan Harapan (PH) ada di situ, malah Ketua Pembangkang yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pun berada di tempat sama serta lebih diberi fokus netizen.

Bayangkanlah imej beliau yang disiarkan secara langsung melalui program khas stesen televisyen kebangsaan Arab Saudi kelmarin kemudian tular luas dalam kalangan pengguna media sosial tempatan berbanding Mujahid sendiri.

Secara umum, bukan mudah kerajaan Arab Saudi sanggup ‘buang masa’ jemput Ahmad Zahid yang tiada lagi apa-apa jawatan pun dalam kerajaan Malaysia, tetapi dirai Raja Salman pada acara formal di istana semayam baginda.

Bahkan, pemerintah Arab Saudi itu ketika bertitah seolah-olah sindir kerajaan PH kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya yang operasi ditanggung sepenuhnya oleh baginda sendiri.

Raja Salman namun ulangi komitmen negara itu bagi perangi keganasan puak pelampau sambil beri gambaran yang semacam merujuk tindakan Malaysia tarik pasukan tentera ditugas khas kawal keselamatan Makkah dan Kaabah.

Meskipun tidak sebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu maklum imej hubungan kurang mesra Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Arab Saudi susulan fitnah beliau dalam isu dana RM2.6 bilion.

Akibat PH sengaja eksploitasi cerita derma peribadi kerabat diraja Arab Saudi itu, tidak hairanlah kuota jemaah haji Malaysia kembali kepada 30,200 orang pada kali ini dibandingkan lebih 40,000 orang beberapa tahun sebelum itu.

Natijahnya sehingga kini, perdana menteri dengan usia tertua di dunia itu ‘tidak berani’ pula bertemu Raja Salman, apatah lagi buat lawatan rasmi ke Arab Saudi berbanding era Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang sembilan tahun.

Riyadh sudah sampai ‘isyarat’ amaran kepada Putrajaya, dan penghormatan Raja Salman meraikan Ahmad Zahid secara simbolik beri gambaran awal: kerajaan PH berhentilah buat fitnah jahat terhadap UMNO

SUMBER : Sembang Tular Media

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here