‘Apa Hak Awak Tanya Soalan Ni?’

0
63

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai status beliau sebagai presiden Umno yang kini menghadapi 45 pertuduhan di mahkamah.”Apa hak awak nak tanya soalan ini,” kata Zahid kepada pemberita yang menanyakan soalan sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk bercuti sementara dari jawatnnya sebagai presiden parti keramat melayu itu.Semalam bernama melaporkan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu dijangka membincangkan kedudukan Presiden parti itu Ahmad Zahid pada mesyuarat Majlis Tertinggi bulan hadapan.Jumaat lalu Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di atas 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

SUMBER : Kini Tv

Loading...