Anwar Gesa Orang Melayu Belajar Bahasa Mandarin

0
58

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa orang Melayu – terutama golongan yang masih muda – agar menguasai bahasa Mandarin.Ia memandangkan kedudukannya sebagai bahasa ekonomi yang penting terutama di rantau Asia, katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Muktamar Sanawi kali ke-47 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.Sejak menjadi aktivis pelajar beberapa dekad lalu sehinggalah sebagai pemimpin politik utama di Malaysia, Anwar sememangnya dikenali sebagai susuk yang tegas mempertahankan bahasa Melayu.Misalnya ketika isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hangat beberapa bulan lalu, beliau berkata ia boleh dipertimbangkan tetapi dengan tidak mengabaikan bahasa Melayu sebagai tunjang dalam dasar pendidikan.Hari ini beliau sekali lagi berkata kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, seperti termaktub dalam perlembagaan, perlu dijunjung.

SUMBER : Kini Tv

Loading...